UMNO Salah Guna Kuasa – RM600 Juta Dirompak Kroni Dari Petronas ?

BINTULU 13 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

“Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

“Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut,” kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah ‘dipulas tangan’ oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

“Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.

“Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan ‘harga mati’ tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas,” kata sumber itu.

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau ‘golden triangle’ dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.

Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.

Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan  berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?

“Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.

baca seterusnyaPetronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Umno-BN Untung RM600 Juta.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s