PRK DUN Galas : Perkasa Yang Tak ‘Perkasa’ – Tak Mahu Bertanding & Tak Mahu Berkempen !

Apa dah jadi dengan Perkasa?  Sebelum ini bukan main lagi berlagak, kononya lebih kuat dan lebih berpengaruh dari semua parti melayu di Malaysia.  Kononya, seluruh pengundi melayu berada dalam saku Perkasa. Tapi kini mengecut.  Raja Katak, Ibrahim Ali dan Perkasa tidak berani turun kegelanggang untuk beradu.

Ibrahim Ali kena tahu, menghunus keris dan menciumnya dihadapan penyokongnya bukanlah tanda keberanian, tetapi, mesti turun kegelanggang untuk lawan.  Laman blog Perkasa telah mengumumkan bahawa mursyidul amnya, Ibrahim Ali telah berkata, Perkasa tidak akan berkempen di PRK Galas.

Kenapa Perkasa tidak mahu turun berkempen di PRK Galas untuk membantu calon Umno/BN seperti di PRK Hulu Selangor?  Apakah Najib tidak merestui kehadiran mereka kerana takut akan kehilangan sokongan bukan melayu.  Undi bukan melayu di DUN Galas adalah hampir 30%.

Tetapi, mengapakah tidak diambil kira pengundi melayu yang hampir 70% di DUN Galas.  Apakah Perkasa tidak yakin dapat mempengaruhi mereka ini untuk mengundi calon Umno?  Jadi, dimanakah pengaruh Perkasa dikalangan majoriti orang melayu yang sekian lama dijaja oleh pemimpin mereka.  Apakah Perkasa merasa majoriti orang melayu sebenarnya tidak terpengaruh dengan dakyah perkauman melampau mereka?

Mungkin, Perkasa hendak membuktikan kononnya, ia hanyalah satu pertubuhan NGO yang memperjuangkan kepentingan hak-hak orang melayu dan tidak terlibat dalam politik.  Tetapi, bukankah Perkasa telah berkempen dengan maha hebat di PRK Hulu Selangor untuk menyokong Umno/BN.

Tetapi yang mengelirukan semua pihak tentang Perkasa ialah, di PRK Hulu Selangor calon BN ialah P. Kamalanathan, seorang berketurunan India.  Perkasa telah berkempen bermati-matian untuk memenangkan seorang calon India dan menewaskan seorang calon Melayu, iaitu, Datuk Zaid Ibrahim dari PKR.  Jadi, Perkasa berjuang untuk kepentingan orang melayu atau bukan melayu?  Inilah sebabnya orang-orang melayu jangan mempercayai Perkasa kerana Perkasa adalah talibarut UMNO!

Sebelum ini, ramai pemimpin parti-parti politik serta NGO telah mencabar Ibrahim Ali bertanding di PRK DUN Galas untuk membuktikan pengaruh beliau dikalangan orang melayu termasuk blog ini.  Tetapi, sikatak ini senyap seribu bahasa.  Beliau buat dek aja.  Beliau tidak menjawab langsung tentang cabaran yang ditujukan kepadanya.

Apabila Perkasa tidak bertanding atau berkempen di PRK DUN Galas ertinya, ia bukanlah suatu NGO yang bebas.  Umno sebenarnya yang mendalangi Perkasa.  Apabila Umno terasa akan tergugat sokongan kepadanya dari pengundi di DUN Galas, mereka mengarahkan bonekanya, Perkasa, tidak kempen di DUN Galas.

Maka, kuda tunggangan Umno, Ibrahim Ali pun mengumumkan – “maaf, kami dari Perkasa tak jadi kempen di Galas, hangpa semua kempenlah ikut parti masing-masing”‘

0leh saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s