PRK DUN Galas – Pencalonan Ku Li Tanda UMNO Kurang Yakin Akan Menang!

GUA MUSANG – Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya mahukan  ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan calon dalan PRK DUN Galas.  Apakah Umno tidak ada pemimpin lain yang layak untuk berhadapan dengan calon dari PAS?

Kalau kita meneliti, Ku Li sebelum ini telah mengeluarkan banyak komen dan pandangan yang bertentangan dengan Umno.  Bukan itu sahaja, Ku Li adalah pengerusi Kokus tuntutan royalti petrolium negeri Kelantan, dimana tujuan kokus ini adalah untuk menuntut bayaran royalti minyak dari Petronas yang dikuasai oleh Umno dan kerajaan pusat.

Diantara yang di sebut oleh Ku Li dalam menyokong Kerajaan negeri PAS untuk mendapat kembali royalti minyak petrolium adalah:-

“Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya.  Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya”.

Kita melihat Umno tidak mahu meletak seorang calon yang selari dengan perjuangan Umno dan Perkasa, tetapi, memilih  seorang calon yang lebih dekat dengan PAS.  Mereka tidak mengambil kira segala serangan Ku Li terhadap pimpinan Umno sebelum ini.  Apakah mereka fikir mereka akan kalah sekiranya meletak calon lain dari Umno dalam PRK DUN Galas?

Walaupun pengaruh Ku Li sangat kuat di Gua Musang tetapi pada PRU 2008 beliau tewas di DUN Galas.  Mengikut pengiraan undi di Galas, Ku Li mendapat 3,826 undi sementara calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,143. Ini bermakna Ku Li tewas dengan majoriti 317 undi (berdasarkan pertandingan Parlimen Gua Musang).  Ini bermakna jika Ku Li bertanding PRK Galas ini sekalipun belum tentu beliau akan menang kerana rekod PRU 2008 membuktikan bahawa calon PAS lebih popular dari beliau di DUN ini.

Tetapi, Ku Li sekarang bukan Ku Li yang bertanding di PRU ke12 pada tahun 2008.  Ku Li sekarang adalah seorang yang dikira lebih mirip ke Pakatan Rakyat berdasarkan segala komen-komen dan pandangan-pandangan beliau yang disiarkan sebelum ini.  Soalannya, ialah, mengapa Ku Li yang idealismenya lebih condong kearah Pakatan yang hendak dicalonkan mewakili Umno/BN?

Ada pendapat yang mengatakan Ku Li dipilih kerana Umno hendak ‘menjerut’ Ku Li. Mungkin ada kebenarannya.  Pada masa yang sama kita jangan menolak kemungkinannya adalah kerana pegangan Ku Li yang lebih kearah Pakatan.  Umno berfikir majoriti pengundi boleh menerima Ku Li kerana beliau dilihat tidak ekstrim seperti Umno dan anakandanya, Perkasa, serta bukan saja boleh menarek pengundi-pengundi BN, tetapi juga, pengundi-pengundi yang menyokong PAS dan Pakatan kerana hubungan beliau dengan pimpinan Pakatan.

Tapi, apakah Umno berfikir Ku Li itu bodoh? Kalau Umno bermain politik, saya percaya Ku Li juga sedang bermain politik dengan Umno.  Ku Li boleh membaca setiap langkah yang diatur Najib, Muhyiddin dan pemimpin Umno yang lain.  Ku Li sudah pun mula berpolitik sewaktu Najib dan Muhyiddin hanyalah budak hingusan!

Kita tunggu dan lihat apakah langkah Ku Li seterusnya!

– oleh saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s