PRK Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah Maut – Pakatan Boleh Buat Kejutan Seperti Di Sibu ?

 

KOTA KINABALU, 9 Okt — Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Ir Edmund Chong dari PBS-BN meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun yang memenangi kerusi itu tanpa cabaran pada 2004 mengekalkannya dua tahun lalu.  Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di Jalan Coastal, Tanjung Aru membabitkan kereta Mercedez kira-kira 11.40 pagi tadi.

Dalam PRU 2008, calon BN, Edmund Chong Ket Wah (BN) telah mendapat 9,479 undi dengan menewaskan calon Bebas,  Chung Kwong Win (Bebas) yang mendapat 5,771 undi. Majoritinya adalah 3,708 undi. Apa yang menariknya ialah saingan sengit dalam antara BN dan PR serta Bebas dalam 2 buah dun di dalam Parlimen ini. Iaitu Dun Karamunting dan Dun Sekong.

Walaupun kedua-dua dun itu dimenangi oleh BN, tapi dun Karamunting nyaris-nyaris dimenangi pembangkang jika tiada pertandingan 4 penjuru. Jika dicampur undi yang diperolehi oleh PKR, DAP dan Bebas iaitu sebanyak 3,716 undi, jelas bahawa BN hanya menang majoriti tipis sahaja iaitu 1,455 undi (5,171 (BN) – 3,716). Lagipun kerusi itu menyaksikan sebanyak 53.08% pengundi Cina. Sesuatu yang menggusarkan BN akhir-akhir ini.

baca seterusnya disiniRAKYAT MARHAEN: Analisis PRK Batu Sapi..PR Ada Ruang Untuk Lakukan Kejutan.

Advertisements

2 thoughts on “PRK Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah Maut – Pakatan Boleh Buat Kejutan Seperti Di Sibu ?

  1. mcm mana ni…. pening kepala najib tang dun galas belum hilang, nah.. dtg pula bala baru.. Batu sapi!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s