Rahimi Osman & Pengakuan Sumpah – Siapakah dibelakang Rahimi Osman?

Apakah muslihat sebenar Rahimi Osman? Apakah yang tersirat disebalik pendedahan beliau?  Selalunya, apabila bekas pembantu Anwar, Adun, MP yang keluar parti, atau mana-mana pengkhianat membuat pendedahan, mesti ada suatu ‘kuasa’ yang menjadi dalang dari belakang!

Biasanya mereka ini diupah atau diberi bayaran yang lumayan serta projek-projek.  Mungkin sekarang Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar Ibrahim, merasakan inilah masa membuat duit untuk dirinya, seperti mana yang dilakukan oleh sahabat beliau Saiful Bukhari Azlan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.  Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Kandungan utama dalam Surat Akuan Rahimi adalah tentang penglibatan Perdana Menteri, Tun Najib  serta Rosmah dalam kes liwat AnwarII.  Disebabkan Surat Akuan Rahimi itu, dia semestinya dipanggil sebagai saksi dalam kes liwat Anwar yang akan bersambung kembali pada 14-10-2010 ini.

Apakah beliau berani mengaitkan perdana menteri dan isterinya dalam konspirasi terhadap Anwar Ibrahim pada perbicaraan itu nanti?  Apakah untungnya Rahimi sekiranya beliau terus kaitkan PM dan Rosmah memandangkan beliau sudah pun menyisihkan diri dari Anwar dan PKR.

Jadi, dalam keadaan ini mungkin Rahimi berfikir adalah lebih baik tidak perlu bermusuhan dengan PM dan isteri.  Mungkin, kerugian dan ‘keuntungan’ yang menjadi pertimbangan Rahimi sekarang.

Sementara itu, pendedahan Rahimi langsung tidak mengaitkan nama Anwar Ibrahim.  Kalau Anwar yang hendak diaibkan, segala tuduhan sepatutnya diarahkan kepada Anwar.  Misalnya, Rahimi menuduh Anwar yang memaksa beliau menandatangani surat pengakuan tersebut.  Jadi, ini menunjukkan pengakuan Rahimi sebenarnya mempunyai motif yang lain.

Dalam beberapa hari ini, banyak laman-laman web  yang membuat spekulasi bahawa Rahimi Osman akan membuat pengakuan yang mengejutkan.  Ada yang mendakwa Rahimi akan mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.  Namun, pendedahan Rahimi tidak seperti yang khabarkan.

Siapakah sebenarnya yang akan mendapat keuntungan dari pengakuan Rahimi ini? Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan dalam komennya tentang isu ini telah berkata, “Kalau individu itu secara sukarela buat akuan tersebut, dan kemudiannya beliau menukarnya pula, maka dia sudah melakukan kesalahan kerana dia telah membuat akuan bersumpah yang tidak betul.”  Ragunath menegaskan lagi bahawa tindakan menukar akuan bersumpah akan hanya menjejaskan kredibiliti individu tersebut kerana dia secara tidak langsung membuktikan bahawa dia memberi sumpah yang tidak benar.

Kita percaya Rahimi memahami apakah risiko akibat dari pengakuan ini.  Peguam beliau semestinya sudah menjelaskan kepadanya tentang kesalahan dari segi undang-undang dan beliau boleh didakwa di mahkamah.  Tetapi, beliau sanggup mengambil risiko tersebut.  Siapakah yang telah membuat Rahimi berani serta memberi keyakinan kepadanya bahawa Rahimi tidak perlu risau tentang perkara tersebut?

Jadi, apa yang akan berlaku selepas ini adalah, semua pengakuan bersumpah serta keterangan Rahimi di mahkamah nanti tidak akan menpunyai sebarang kredibiliti atau tidak dipercayai.

Mungkin, peguam-peguam Anwar, selepas ini tidak lagi dapat mensabitkan PM dan isterinya kepada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung  sekarang, disebabkan buktinya sudah menjadi lemah.  Dan inilah juga sebab Rahimi Osman membuat laporan polis tentang pengakuan sumpah beliau.

oleh decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s