Perkasa Temberang Apabila Mendakwa 35% Anggotanya Dari PKR?

Mengikut laporan Malaysiakini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub telah menafikan, 35 peratus keanggotaan Perkasa adalah terdiri dari ahli PKR!

Semalam, Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah telah mendakwa 35 peratus dari 300,000 ahli Perkasa adalah dari PKR.  Inilah penjelasan yang diberikan oleh Arman Azha apabila ditanya wartawan sebab Perkasa menyokong pencalonan Mustaffa Kamil dalam pertandingan untuk merebut kerusi Timbalan Presiden PKR.

Sudah lama Perkasa mendakwa sebahagian besar keahlian mereka terdiri daripada orang melayu dari PAS dan PKR.  Sampai hari ini Perkasa tidak memberikan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan mereka itu.

Kita rasa sudah sampai masa untuk Perkasa membuktikam sebahagian besar anggota mereka terdiri dari Ahli PAS dan PKR.  Dedahkan nama-nama ahli PAS dan PKR yang menjadi penyokong Perkasa.  Pada rasionalnya, tidak elok bagi Perkasa meletakkan ahli-ahli PAS dan PKR dalam keadaan tertanya-tanya siapakah dikalangan mereka yang jadi ahli NGO ‘apartheid’ haram itu!

PAS dan PKR adalah parti yang menentang ideoloji melampau dan ekstrim yang dibawa oleh Perkasa.  Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil, telah dengan segera memanggil sidang media untuk mematahkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha, berkaitan sokongan Perkasa kepada beliau serta menyisihkan diri jauh dari Perkasa.

Sebelum ini, Perkasa mendakwa, mereka lebih berpengaruh dari UMNO dikalangan orang melayu.  Tetapi, Umno bilang Perkasa temberang!  Mungkinkah apa yang didakwa oleh Perkasa bahwa mereka mempunyai keanggotaan seramai 300,000 ahli juga adalah satu dari temberang mereka?

Mengapa Perkasa dan Ibrahim Ali belum lagi menyahut cabaran supaya mereka meletakkan calon dalam PRK DUN Galas?  Membisunya Perkasa dalam hal ini adalah tanda mereka memang temberang tentang pengaruh dan kekuatan mereka!

Ini menjadi lebih jelas, apabila Perkasa, baru-baru ini  menganjurkaan demo membantah Namewee ( Wee Meng Chee) dihadapan bangunan dewan perhimpunan cina di Kuala Lumpur, tak sampai  50 ahli Perkasa yang menyertai demo tersebut!

oleh sarunglama

Advertisements

One thought on “Perkasa Temberang Apabila Mendakwa 35% Anggotanya Dari PKR?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s