PRK DUN Galas – Bilakah ‘Santa Klaus’ Umno Akan Mendarat Di DUN Galas ?

GUA MUSANG – Bukan cerita baru Umno  akan merasuah pengundi dalam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini.  Dalam semua pilihanraya kecil memang ada bukti Umno membeli pengundi.

Ratusan ringgit dibayar kepada setiap pengundi yang mahu menerima ‘duit haram’ Umno.  Di PRK Sibu,  masihkah anda ingat, Perdana Menteri terang-terangan merasuah pengundi tanpa segan silu dalam ucapan sewaktu berkempen disitu:-

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak? Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya.  Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin.   Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,”

Pada PRK di Manek Urai, rakaman video menunjukkan TPM, Muhyiddin Yassin, membawa berpeti-peti wang turun melalui helikopter (video dibawah).  Berbagai janji berbentuk rasuah telah dijanjikan termasuk pembinaan jambatan bernilai 7 juta dijanjikan kepada penduduk.

Sampai hari ini jambatan itu tidak dibina.  Mungkir janji adalah adat Umno, jadi, kita tidak hairan.  Selain merasuah dengan mencurahkan wang ringgit, Umno juga mengunakan taktik ugutan.

Kali ini, siapakah yang akan membawa habuan ke DUN Galas? Najib atau Muhyiddin?  Apakah Najib akan turun kempen di DUN Galas?  Mungkin kuncu-kuncu Muhyiddin sekarang ini tengah sibuk mengira habuan yang akan ditaburkan di DUN Galas!

Di Pulau Pinang, warga emas yang dikatakan diberi duit ehsan dari sumbangan judi oleh kerajaan negeri sedang meratap.  Tapi, bagaimana pula status duit yang akan ditaburkan oleh Umno di DUN Galas yang jelas haram?

Oleh itu, pengundi-pengundi di DUN Galas kenalah berhati-hati.  Duit dan habuan yang diberi, terimalah, tetapi, pangkahlah calon Pakatan.  Duit yang Umno bagi bukanlah duit bapak mereka, tapi, duit anda juga, duit rakyat!

oleh sarunglama

2 thoughts on “PRK DUN Galas – Bilakah ‘Santa Klaus’ Umno Akan Mendarat Di DUN Galas ?

  1. umno xde maruah. dia akan terus buat kerja terkutuk ini. orang kelantan mesti paham duit umno duit haram. islam x benarkan rasuah.

  2. LEBIH BAIK SANTA CLAUS TURUN SEKURANG-KURANG NYA RAKYAT DAPAT JUGA SEDIKIT BARANGAN DAN PERKHIDMATAN….DARIPADA TURUNNYA DAJAL YANG MENAWARKAN SYURGA DAN NERAKA UNTUK PENDUDUK GALAS………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s