Apakah Perbezaan Diantara UMNO, BTN & Perkasa?

Apakah perbezaan diantara BTN, Perkasa dan UMNO?  Saya tidak berfikir ada perbezaan.  Mereka sebenarnya adalah 3 dalam satu!

Senang sahaja kita menghuraikan kaitan diantara tiga entiti haram ini.  UMNO adalah ibu dan BTN dan Perkasa adalah anak kandungnya.  Jangan lupa Umno yang lahir pada tahun 1946 kini sudah berumur 64 tahun bermakna sudah bercucu-cicit.

Diantara cucu-cicit Umno adalah Utusan Malaysia  dan TV3.  Setelah berlangsungnya PRU ke12, dimana BN mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarahnya sejak penubuhannya, hilang lima negeri kepada Pakatan Rakyat.

Jelas pada PRU ke12, orang bukan melayu majoritinya telah memberikan undi mereka kepada pembangkang.  Orang melayu pula memberi hampir 50% undi mereka kepada pembangkang.

Jadi, untuk mengembalikan semula sokongan terutamanya pengundi bukan melayu dan juga majoriti pengundi melayu kepangkuan BN, maka lahirlah entiti perkauman cauvinis melayu, Perkasa.

Perkasa akan memainkan peranan NGO ultra melayu dengan membangkitkan ketegangan kaum dikalangan bukan melayu, sementara itu, Umno akan berpura-pura menjadi parti liberal dan pemimpin Umno akan mengutuk segala tindakkan Perkasa dengan harapan orang bukan melayu akan mula berasa selesa dengan Umno.

Dengan ini Umno rasa kehilangan undi yang besar dari orang bukan melayu dapat dipulihkan pada pilihanraya umum akan datang.

BTN pula menjadi entiti yang akan melatih orang melayu supaya mereka benar-benar menjadi ‘balaci’ parti rasis Umno.  BTN adalah dibawah kerajaan UMNO/BN. BTN akan mengajar penuntut-penuntut di BTN mengikut apa yang diarahkan oleh Umno.  Jadi apa yang BTN ajar adalah apa yang Umno mahu BTN mengajar.

Oleh itu suara BTN adalah suara Umno.  Kalau BTN menimbulkan isu perkauman, itulah sebenarnya suara Umno!

BTN telah lama bertindak sebagai pengeluar kader-kader Umno sejak dulu lagi.  Bagaimanakah Umno boleh membenarkan tindakan BTN itu dengan mengunakan duit rakyat?  Sepatutnya untuk melahirkan kader-kader Umno, mestilah dengan duit Umno dan bukan dengan duit kerajaan.  Umno yang patut membayar gaji semua kakitangan dan pegawai di BTN dan bukan dengan duit rakyat!

Setakat ini usaha yang dilakukan mereka ada kejayaannya.  Kita melihat dibeberapa  pilihanraya kecil kebelakangan ini, lebih ramai pengundi melayu dan india mula memberikan undi mereka kepada BN.  Namun, semakin ramai pula pengundi cina yang memberikan  undi mereka kepada pembangkang.

Saya juga rasa hairan dengan penyokong Perkasa.  Bagaimanakah mereka menjadikan Ibrahim Ali sebagai  ketua mereka?  Ibrahim Ali adalah seorang yang tidak boleh dipercayai!

Dari dulu lagi beliau senentiasa sahaja keluar masuk dari satu parti ke parti politik yang lain.  Dari Umno beliau pernah melompat keparti Semangat 46.  Kemudian beliau masuk kembali kedalam Umno.  Sesudah itu beliau meninggalkan Umno dan jadi bebas.  Dan akhirnya, pada PRU yang lepas beliau bertanding diatas teket PAS.

Bukankah pelik seorang yang mempunyai rekod yang sangat buruk dan kesetiaan beliau kepada mana-mana organisasi boleh dipersoalkan, menerajui suatu NGO yang memperjuangkan kepentingan bangsa melayu.  Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN di  PRU ke13, saya percaya Ibrahim Ali akan meninggalkan Perkasa dan akan cuba berbaik-baik  dengan pimpinan Pakatan!

Jadi ini semua menunjukkan Perkasa adalah alat Umno.  Orang seperti Ibrahim Ali yang lebih dikenali sebagai katak boleh dibeli dengan harga yang tak seberapa. Apakah ‘3 in 1’ ini akan berjaya? Kita tunggu dan lihat.

oleh sarunglama

2 thoughts on “Apakah Perbezaan Diantara UMNO, BTN & Perkasa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s