PRK DUN Galas – Perkasa, Ibrahim Ali Patut Bertanding, Buktikan Sokongan Melayu!

‘Tapi, saya tidak percaya Ibrahim Ali akan menyahut cabaran ini kerana kita tahu beliau sebenarnya adalah seorang pengecut, tiada te**r.  Baru-baru ini, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah pernah mencabar Ibrahim Ali berdebat tentang semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan – Fasal berkaitan keistimewaan melayu.’

Gua Musang – Raja Katak, Ibrahim Ali, sepatutnya mengambil kesempatan kekosongan kerusi DUN Galas untuk membuktikan hujah Perkasa bahawa mereka lebih berpengaruh dari UMNO dikalangan orang melayu.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaiman, 46, dari PAS petang kelmarin kerana barah usus.  Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi mengalahkan Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi.  Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).

Perkasa berpendapat, merekalah yang akan menentukan calon-calon yang akan dikemukakan oleh UMNO dalam PRU ke13 nanti.  Mereka akan mencantas mana-mana calon yang mereka fikir tidak selari dengan pendirian Perkasa.  Perkasa dikatakan akan mengarahkan orang-orang melayu supaya tidak mengundi calon-calon tersebut.

Kalau begitu besarlah pengaruh Perkasa dikalangan orang melayu, apa kata jika, Ibrahim Ali jadi calon Perkasa dalam PRK DUN Galas nanti.  Dengan cara ini, rasis Ibrahim Ali dan NGO perkauman, Perkasa, bolehlah membuktikan segala kata-kata mereka setakat ini adalah benar,  sekiranya Ibrahim Ali dapat menewaskan calon UMNO.

Tapi, saya tidak percaya Ibrahim Ali akan menyahut cabaran ini kerana kita tahu beliau sebenarnya adalah seorang pengecut, tiada te**r.  Baru-baru ini, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah pernah mencabar Ibrahim Ali berdebat tentang semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan – Fasal berkaitan keistimewaan melayu.

Tetapi, Ibrahim Ali tidak berani berhadapan dengan Nurul Izzah dalam isu yang selama ini diperjuangkan oleh Perkasa, iaitu kedudukan melayu dalam perlembagaan Malaysia.  Dengan seorang wanita pun dia kecut.  Kasihan Perkasa, Presidennya tiada te**r !

Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah melayu.  Disinilah Ibrahim Ali dan Perkasa berpeluang untuk menunjukkan kehebatan mereka.  Apakah UMNO atau Perkasa yang akan dipilih oleh pengundi melayu.

Kita tidak mahu Ibrahim Ali, Syed Hassan Syed Ali dan Dr. Mahathir hanya melalak sahaja tentang pengaruh Perkasa. Buktikan!!!!

– oleh sarunglama

One thought on “PRK DUN Galas – Perkasa, Ibrahim Ali Patut Bertanding, Buktikan Sokongan Melayu!

  1. PERKASA – Ibrahim Ali perlu menyahut cabaran ini untuk membuktikan yang PERKASA tidak gila bayang
    2. Ibrahim Ali juga kena buat pertaruhan, jika dia kalah , maka kosonglah parliment nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s