Bukti Kukuh UMNO Membayar ADUN/Ahli Parlimen Untuk Melompat Parti!

Raja Petra Kamarudin telah membongkarkan dokumen-dokumen berkaitan sogokkan yang dilakukan oleh UMNO/BN supaya ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan melompat parti atau menjadi ahli bebas.

Kali ini dokumen berkaitan sogokkan yang dibuat oleh bekas MB Kedah, Mahazir Khalid kepada Adun Yb Lee Soo Nie didedahkan.  Dokumen menunjukkan SPRM telah membuka kertas siasatan serta telah mendapat bukti yang kukuh melalui rakaman video.  Tetapi SPRM senyapkan diri dan tidak meneruskan tindakkan keatas pemimpin UMNO berkenaan.

SPRM, kita semua sedar, hanyalah ‘balaci’ suruhan UMNO/BN.  Khir Toyo yang membina mahligai  yang bernilai berjuta-juta RM dari pendapatan yang diragukan, tiada disiasat.  Tetapi, Teoh Beng Hock mati hanya kerana siasatan perinci yang dilakukan SPRM keatas beliau berkaitan pembelian peralatan yang hanya bernilai RM 1 ribu.

Harta yang dihimpunkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, adalah seperti harta yang dihimpunkan oleh Qarun yang dijelaskan dalam Al-Qur’an.  Sampai tak terkira harta milikkan keluarga Taib.  Tetapi, SPRM tidak pernah menyoalkan harta yang dimiliki Taib, dari mana punca kewangan beliau  sampai sekarang!

Ahli Parlimen atau Adun yang keluar dari Pakatan Rakyat selalu menafikan bahawa mereka disogok untuk meninggalkan parti mereka.  Diantaranya yang dipercayai telah menerima sogokkan besar adalah MP Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim) dan Dato Zahrain Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru).

Sekarang kita nak dengar penjelasan Yb Zulkifli Noordin dan Yb Zahrain Hashim.  Benarkah anda tidak menerima sogokkan?

sila klik disini untuk melihat dokumen –Proof that the MACC is a component member of Barisan Nasional.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s