UMNO & Perkasa Bertelingkah – Menguntungkan Pakatan Pada PRU Ke13?

Apakah pergeseran diantara Umno dan Perkasa akan menguntungkan Pakatan?  Saya rasa ada asas untuk kita mempercayai bahawa Umno dan BN kemungkinan besar akan tersungkor pada Pilihanraya Umum ke13 nanti sekiranya perbalahan ini berterusan!

Pergeseran antara Umno dan Perkasa bolehlah diandaikan sebagai perpecahan dalam Umno.  Ini adalah kerana hampir kesemua ahli Perkasa adalah ahli Umno.  Apabila Umno tidak bersetuju dan menerima Perkasa, ini bermakna Umno membangkang pendapat dan pegangan lebih dari 300,000 ahli Perkasa yang hampir kesemuanya adalah ahli dan pengundi Umno!

Pemimpin-pemimpin Umno seperti Najib dan Tengku Adnan yang mengisytiharkan tidak akan menyokong Perkasa akhirnya terpaksa mengubah pendirian mereka.  Sekarang mereka kata tidak akan berkonflik dengan mana-mana NGO.  Ini termasuk Perkasa.  Pemimpin-pemimpin Umno ini juga menafikan mereka pernah menentang pendirian Perkasa.

Dari satu sudut Umno hendak menunjukkan bahawa mereka sedang berjuang untuk menghapuskan fahaman perkauman supaya orang bukan melayu akan kembali menyokong mereka, tetapi pada masa yang sama mereka khuatir akan kehilangan undi melayu terutamanya dari penyokong Perkasa.

Najib sampai sekarang tidak dapat menerangkan apa itu 1 Malaysia.  1 Malaysia, dari masa kemasa diubah ertinya yang sebenar.  1 Malaysia dipercayai diilhamkan oleh Penasihat Israel, APCO untuk memulihkan kembali sokongan pengundi bukan melayu yang telah memberikan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke12.

Mula-mula Najib kata 1 Malaysia bermakna semua kaum adalah dianggap  sebagai satu keluarga.  Apabila digertak oleh samseng Perkasa, Ibrahim Ali, yang mendesak pimpinan Umno supaya bumiputra mesti dikekalkan keistimewaan mereka, kini 1 Malaysia dikatakan bukanlah bermaksud, semua kaum mempunyai hak yang sama!

Jadi, Rakyat Malaysia menjadi keliru.  Semua kaum di Malaysia dianggap sebagai satu keluarga dan pada masa yang sama hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidaklah sama.  Pening kepala!  Kalau Najib beri persamaan hak kepada semua kaum, nescaya, Perkasa akan membangkang.  Sekiranya Najib tidak memberi persamaan hak kepada bukan bumiputra maka sokongan untuk UMNO/BN dari bukan melayu akan hilang.

Ini bermakna Najib berada dipersimpangan.  Kalau pergeseran dan perbalahan antara Umno dan Perkasa berterusan, ini akan mengakibatkan kekurangan sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan BN.  Talian hidup Umno/BN kini adalaah melalui pengundi Melayu.

Sekiranya ini yang berlaku, kemungkinan besar Umno dan BN akan hilang dari peta dunia, Insya Allah!

– oleh decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s