MP P.Kamalanathan Masuk Masjid – Sudah Bermandi Hadas? Bodoh Punya Utusan, Perkasa, UMNO & Zul Nordin!

Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.

Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi ‘imbuhan’ sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan.

– petikan dari blog Khalid Samad

5 thoughts on “MP P.Kamalanathan Masuk Masjid – Sudah Bermandi Hadas? Bodoh Punya Utusan, Perkasa, UMNO & Zul Nordin!

  1. Yang kata tak boleh berpolitik dalam masjid adalah UMNO, Perkasa, Utusan Malaysia dan suku sakat mereka. Mereka kata tak boleh berpolitik dalam masjid tetapi gambar-gambar tadi membuktikan sebaliknya.

    Sebenarnya apa yang hendak dibuktikan disini ialah sifat munafik UMNO, Perkasa, Utusan dan katak bobok, Ibrahim Ali. Mereka kata orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, surau atau madrasah. Tetapi gambar menunjukkan Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, seorang hindu, berada dalam masjid.

    Berapa lamakah UMNO, Perkasa, Utusan Malaysia dan suku sakat mereka akan terus menipu orang-orang melayu?

  2. Pingback: Missing The Point « Afterthoughts

  3. Assalamualaikum. Saya agak mushkil tengok gambar dalam masjid tu. Macam dah kene edit la. Pencahayaan pada baju semua orang dan pada muka orang yang tepi sekali macam cahaya matahari bila kita berada di luar bangunan… Cahaya yang belakang tu memang cahaya kalau ada dalam bangunan…. Boleh sesiapa tentukan kesahihan gambar ni? Setahu saya gambar ni kalau di tukar pada binari numbers dan salah satu nombor diubah maka ianya takkan boleh dibuka jika original.. kalau super impose maka ada portion yang boleh buka dan ada portion yang tak boleh buka.

  4. Pingback: Missing the point | zairilzairil

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s