UMNO Yang Sedang Karam Berpaut Pada KIMMA Yang Sudah Tenggelam!

‘Amat memalukan kaum India Muslim  di Malaysia apabila KIMMA sanggup melutut dan memohon keikhsanan parti perkauman dan rasis UMNO untuk menerima mereka.  Mengaibkan lagi adalah kecenderungan KIMMA menjual kaum dan bangsa mereka sendiri hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan RM? dan kedudukan dari tuan mereka dalam UMNO.’

KUALA LUMPUR – Baru-Baru ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk menerima Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai ahli bersekutu UMNO.  Apakah ini tanda yang realistik bahawa bahtera UMNO sedang karam?

Kita difahamkan, KIMMA sudah pun memohon menyertai gabungan Barisan Nasional sejak 1984 lagi tetapi di tolak oleh UMNO/BN.  MIC dikatakan menjadi dalang yang menghalang penyertaan KIMMA kedalam BN.  Begitu juga KIMMA telah lama memohon menyertai UMNO, tetapi UMNO menolak serta tidak menghiraukan permohonan KIMMA.

Tetapi,  kenapakah tiba-tiba  sekarang UMNO mahu menerima permohonan KIMMA dan jadikan KIMMA ahli bersekutu UMNO?  Bukankah KIMMA sejak 1984 telah mohon menyertai UMNO/BN tetapi ditolak?  Apakah ini tanda-tanda UMNO sudah mula lemah dan memerlukan penyokong baru?

Ini mebuktikan UMNO akan berpaut pada apa saja dalam keadaan mereka sedang tenggelam.  UMNO adalah parti perkauman dan rasis melayu.   Kalau begitu, bagaimanakah dengan KIMMA yang kesemua ahlinya adalah berbangsa India?

KIMMA mendakwa mempunyai keahlian melebihi 80,000 orang.  Apakah sebenarnya yang diharapkan oleh ahli-ahli KIMMA apabila mereka diterima sebagai ahli bersekutu kepada UMNO?  Ahli-ahli KIMMA adalah bukan Melayu dan bukan bumiputra.  Ahli KIMMA dan UMNO adalah jauh berbeza dari segi rupa paras, warna kulit, kebudayaan dan dalam banyak perkara-perkara yang lain.  Maka atas dasar apakah UMNO menerima KIMMA menjadi ahli bersekutu mereka?

Amat memalukan kaum India Muslim  di Malaysia apabila KIMMA sanggup melutut dan memohon keikhsanan parti perkauman dan rasis UMNO untuk menerima mereka.  Mengaibkan lagi ialah kecenderungan KIMMA menjual kaum dan bangsa mereka sendiri hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan RM? dan kedudukan dari tuan mereka dalam UMNO!.

KIMMA adalah suatu pertubuhan dimana pimpinan mereka senantiasa dalam pertelingkahan  dan bercakaran sesama mereka.  KIMMA pernah dibatalkan pendaftaran mereka 2 kali oleh ROS sejak ditubuhkan.  Sehingga sekarang dipercayai KIMMA mempunyai 2 orang yang mengaku merekalah presiden KIMMA.

Pada tahun 2008, kemelut kepimpinan melihat Timbalan Presidennya, Amir Amsa Alla Pitchay yang dipecat dari KIMMA oleh Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader, mendakwa dirinya presiden dan mencadangkan pergabungan KIMMA dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen BN.

Pada 2009 pula sekali lagi krisis dalaman melihat KIMMA mempunyai 2 presiden setelah mesyuarat agungnya yang ke-33 dipertikaikan kesahihannya serta Mohd Fazil William Abdullah, pengerusi KIMMA Wilayah Persekutuan disingkir.

Kita tidak percaya UMNO tidak mengetahui tentang segala kemelut dan kepincangan yang sedang berlaku dalam KIMMA sebelum menerima  mereka menjadi ahli bersekutu.  Mereka yang rapat dengan KIMMA mendakwa keahlian KIMMA adalah jauh lebih rendah daripada apa yang didakwa oleh mereka.

Adalah lebih baik rakyat Malaysia berketurunan India muslim menyertai Pakatan Rakyat melalui Parti PAS yang menerima semua orang Islam tanpa mengira kaum atau keturunan.  Dalam PAS mereka menjadi ahli penuh banding dengan UMNO hanya sebagai ahli bersekutu berstatus pemerhati sahaja.

Tapi, apakan daya UMNO.  Mereka sedang karam.  KIMMA pun KIMMAlah, walau pun kedua-duanya sedang tenggelam!

oleh Shaghul Hameed

2 thoughts on “UMNO Yang Sedang Karam Berpaut Pada KIMMA Yang Sudah Tenggelam!

  1. KIMMA ahlinya India Muslim…hilaang suara hilang hak kerana adanya orang seperti anda en. sugul….dah sugul benar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s