Skandal Gani Patail & Azailiza – Patutkah Peguam Negara Yang Tiada Moral Mendakwa Kes-Kes Moral?

Raja Petra Kamaruddin dalam blognya baru-baru ini membongkarkan hubungan sulit diantara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Datuk Azailiza Mohd Ahad.  Berita ini memang mengemparkan seluruh negara.

Peguam Negara adalah seorang dimana tugasnya adalah membuat pendakwaan keatas penjenayah dan mereka yang melanggar undang-undang negara.  Ini bermakna seseorang peguam negara mestilah mempunyai moral yang tinggi.

Tetapi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dikaitkan dengan hubungan sulit bersama seorang wanita.  Bermakna, Peguam Negara adalah seorang yang tiada moral dan pegangan hidup.  Soalnya sekarang ialah, bagaimana seorang pendakwa (Peguam Negara) yang tiada moral membuat pendakwaan berkaitan kes-kes moral terutamanya kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Dalam kolumnya ‘No Holds Barred’ Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul ‘Okay, What About This Affair Then?’ bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah ‘rahsia terbuka’ dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

“Ya, semua orang tahu mengenai hubungan sulit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.” sebut RPK.

Kita sebagai rakyat Malaysia merasa amat malu kerana mereka yang memegang tampuk utama dalam pemerintahan dan jabatan-jabatan kerajaan terdiri dari mereka yang tiada moral dan tak beretika.  Kita juga dikejutkan sebelum ini apabila saksi utama kes liwat ll Anwar Ibrahim, Saiful mempunyai hubungan sulit dengan DPP Farah Azlina Latif.  Kemudian, Saiful pula dikaitkan mengadakan hubungan sejenis dengan pembantu khas Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Ironinya, kesemua mereka yang dituduh ini tidak menafikan segala pendedahan tentang hubungan tiada moral mereka.  Jabatan Peguam Negara yang kini ditelanjangkan dan tercalar akibat segala perlakuan tiada moral mereka, apakah masih mempunyai integriti dan kewibawaan untuk membuat pendakwaan keatas kes-kes moral?

Mengapakah orang-orang yang tiada moral dan etika dilantik ke jawatan  Peguam Negara?  Mungkinkah kerana yang melantik mereka pun adalah orang-orang yang mempunyai berbagai skandal moral dan jenayah?

Kalau Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah seorang yang bermaruah ( saya rasa tak ), beliau mestilah meletak jawatan beliau sebagai Peguam Negara berdasarkan pendedahan skandal sex beliau dengan Datuk Azailiza!

oleh sarunglama

One thought on “Skandal Gani Patail & Azailiza – Patutkah Peguam Negara Yang Tiada Moral Mendakwa Kes-Kes Moral?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s