Satu Lagi Kegagalan Kerajaan BN, MAS Rugi RM532.29 Juta, AirAsia Untung 928 Juta !


Harga bahan api yang turun naik mendorong Malaysia Airlines (MAS) untuk mencatatkan kerugian pra-cukai RM532.591 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM896.146 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun perolehannya meningkat 26 peratus kepada RM3.2 bilion berbanding dengan RM2.5 bilion manakala keuntungan operasi meningkat 33 peratus.

Bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Jun 2010, syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian pra-cukai RM212.340 juta berbanding dengan keuntungan pracukai RM189.904 juta.

Perolehan itu meningkat kepada RM6.5 bilion daripada RM5.3 bilion sebelum itu.

“Kami telah melaksanakan perkara yang betul dan ini dicerminkan di dalam prestasi operasi yang bertambah baik bagi suku kedua yang secara tradisinya suku kami paling lemah. Kami telah mengambil langkah tambahan untuk menutup kenaikan harga bahan api itu,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Datuk Azmil Zahruddin semasa mengumumkan keputusan kewangan suku kedua itu hari ini.

Katanya turun naik harga bahan api terus kekal menjadi cabaran industri itu.

Kenaikan mendadak 44 peratus perbelanjaan bahan api berikutan harga bahan api dan penggunaan yang tinggi berikutan kapasiti tambahan meningkatkan bil itu kepada RM1.1 bilion, yang meningkat RM338 juta berbanding dengan suku kedua 2009.

oleh malaysiakini

———————————————————————–

Perolehan Suku Kedua Airasia Naik 16 Peratus Kepada RM928 Juta, Kata ECM Libra

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Perolehan AirAsia Berhad bagi suku kedua tahun ini telah meningkat 16 peratus tahun atas tahun kepada RM928 juta berikutan tambang dan trafik yang lebih tinggi.

Firma penyelidikan saham, ECM Libra Investment Research, berkata ini akan menjadikan perolehan setengah tahun pertama tahun ini mencecah 50 peratus daripada sasaran RM3.6 bilion syarikat penerbangan tambang murah itu bagi tahun kewangan terkini.

“Perolehan dijangka kekal pada 21.5 sen sekilometer pada suku pertama tahun kewangan terkini, naik 33 peratus tahun atas tahun.

“Kami menjangka kos keseluruhan/kilometer tempat duduk untuk meningkat tahun atas tahun kepada 11.5 sen/kilometer tempat duduk berikutan bahan bakar jet yang lebih mahal,” kata ECM Libra dalam satu kenyataan Khamis.

Firma itu juga menjangka AirAsia merekodkan keuntungan bersih disesuaikan lima peratus tahun atas tahun yang lebih tinggi iaitu RM135 juta (naik 22 peratus suku atas suku) dengan jangkaan kos bukan bahan bakar tidak akan berubah mengikut suku, katanya.

– BERNAMA

One thought on “Satu Lagi Kegagalan Kerajaan BN, MAS Rugi RM532.29 Juta, AirAsia Untung 928 Juta !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s