ADUN Malim Nawar, Keshvinder, Diperangkap Dan Diugut UMNO?

SUBANG – Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh akan hidup mewah tak lama lagi.  Kita percaya UMNO sudah membayar Keshvinder wang yang lumayan seperti mana yang dibayar kepada katak-katak sebelum ini.

Adun Jelapang, Adun Behrang dan Adun-Adun serta MP-MP dari Pakatan yang telah berpaling tadah dan menyokong UMNO-APCO -1Israel, kini semua hidup mewah.  Maka, kita percaya Keshvinder tak lama lagi akan berkereta besar dan berbanglo besar!

Adun Penanti, Fairus Khairudin yang telah letak jawatan adunnya, dikatakan tiada duit untuk menjelaskan hutang kereta yang diambil dari Kerajaan P. Pinang.  Tapi, setelah mengisytiharkan diri masuk UMNO, kerajaan P. Pinang memaklumkan, Adun Penanti dapat menyelesaikan segala hutang beliau kepada kerajaan P. Pinang.  Kita tidak tahu berapa kah habuan yang diterima oleh Adun Penanti, Mohd Fairus Khairuddin.

Keshvinder dikatakan menghadapi masaalah kewangan sehingga keretanya ditarik oleh pihak bank kerana tak mampu menjelaskan bayaran kereta.  Beliau juga dikatakan menghadapi masaalah apabila kerani di firma guamannya telah menggelapkan wang pelanggannya sebanyak RM45,000 serta menghilangkan baucernya sekali.

Diberitakan, kerani tersebut sebenarnya mempunyai kaitan serta bekerja untuk UMNO!  Disebabkan perkara tersebut Keshvinder dikatakan menjadi resah.  Keshvinder juga telah menghubungi rakan-rakanya dari DAP, (iaitu beberapa orang  Adun DAP)  dan telah mengadu tentang masaalah yang dihadapinya, beberapa minggu yang lepas.  UMNO, kemudiannya dikatakan telah mengugut akan mendedahkan masaalah kewangan yang dihadapi Keshvinder dipejabatnya kepada umum.

Mungkinkah UMNO telah mengugut serta menawarkan ganjaran yang lumayan supaya beliau berpaling tadah kepada BN/UMNO/APCO/1Israel?  Inilah mungkin apa yang telah terjadi  sehingga Adun Malim Nawar meninggalkan Pakatan dan memberi sokongan kepada kerajaan Zambry Abdul Kadir!

Sebelum ini, kita dengar ramai pemimpin UMNO Perak sendiri yang tak berpuas hati dengan pimpinan Zambry ‘brutal’ dan dikatakan akan ada Adun UMNO yang melompat ke PKR, tetapi bagaimana pula Keshvinder boleh menerima dan menyokong pentadbiran Zambry ‘brutal’?

Keshvinder pernah membuat laporan kepada SPRM tentang tawaran sebanyak RM20 juta  oleh UMNO supaya beliau meninggalkan Pakatan.

UMNO dilihat telah memerangkap Kehvinder dan mengugutnya supaya meninggalkan DAP.  Apakah ini staeteji UMNO, ia itu, mengugut dan memberi ganjaran lumayan supaya ADUN/MP Pakatan keluar dari PR?  Mungkin kaedah inilah yang digunakan UMNO untuk menarik keluar ADUN/MP Pakatan sebelum ini.

Mungkinkah kes Keshvinder ini terjadi kerana UMNO mula rasa gentar dan mula menggelabah apabila terdengar desas-desus bahawa akan ada Adun UMNO-Apco yang akan meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan Datuk Zambry?

oleh decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s