Hanya PKR, Pakatan Mampu Selesai Tuntutan 20 Perkara Sabah – Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU 6 Jun – Dr Jeffrey menyatakan hanya KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menyelesaikan tuntutan 20 perkara yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah.

Beliau juga menyatakan bahawa selama ini Umno-BN sering memperalatkan rakyat Sabah kerana bagi mereka rakyat Sabah senang ‘di beli’.

“Rakyat Sabah tidak cerewet, hanya dengan huluran RM100, RM200 di akhir musim kempen pilihan raya maka sudah pasti undi rakyat Sabah akan terarah kepada Barisan Nasional.

“Begitu murahnya harga undi rakyat Sabah di mata pandangan Umno-BN dan kerana itulah mereka menggelarkan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai ‘fixed deposit’ bagai kerajaan Umno-BN. Maka kerana itulah rakyat Sabah harus bangkit dan sedar bahawa janganlah selamanya mahu diri di peralatkan oleh Umno-BN.

“Rakyat mesti belajar daripada kesilapan yang sudah dan jangan ulangi kesilapan itu lagi. Marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat, setiap rakyat jika tidak mahu fikiran mereka dijajah oleh Umno-BN kita bersatu menolaknya.

“Rakyat harus sedar Umno-BN gunakan taktik British “divide and rule”, jika rakyat berpecah belah maka senanglah Umno-BN menjajah fikiran rakyat dengan mengikut fahaman mereka dan Sabah dan Sarawak tentunya benar menjadi ‘fixed deposit’ mereka,” tegas Dr Jeffrey.

Dr. Jeffrey menyatakan demikian dimajlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan Jumaat lalu.  Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar, Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

– Suara Keadilan

4 thoughts on “Hanya PKR, Pakatan Mampu Selesai Tuntutan 20 Perkara Sabah – Jeffrey Kitingan

  1. KAMI MENYOKONG PKR ANDAI JANJI ITU DI TUNAIKAN. HAK KITA MILIK KITA. UMNO BARU SUDAH LUPA TENTANG PERJUANGAN KITA BERSAMA DAHULU. ANDAI KATA PEMIMPIN TERDAHULU ITU HIDUP KEMBALI, MEREKA AKAN BERSEDIH KERANA MELIHAT KERAKUSAN PEMIMPIN UMNO GENERASI KINI YANG TAMAK DAN TAK BERPERIKEMANUSIAN. MEREKA ASYIK MELAUNGKAN BAHAWA KEMERDEKAAN KITA HARI INI KERANA UMNO, ITU BENAR TAPI PERPECAHAN HARI INI KERANA UMNO GENARASI BARU

  2. KAMI MENYOKONG PENUH PERJUANGAN DR, TERUTAMANYA 20 PERKARA TETAPI KAMI MOHON AGAR CALON PKR UTK P168 BANDAU(EN.ANTHONI MANDIAU) DITUKAR . SEBENARNYA, RAMAI PENDUDUK KOTA MARUDU YANG MENYOKONG DR TETAPI BILA TIBA MASA MENGUNDI AKHIRNYA PENGUNDI MEMILIH BN SEBAB CALON TIDAK SESUAI.

    TERIMA KASIH. BERSAMA MEMPERJUANGKAN 20 PERKARA SABAH.

  3. datuk,majoriti pengundi DUN N35 MElALAP sebenarnya menyokong PKR tetapi apa yang menjadi masalah adalah ketua cabang yang tidak di sukai oleh para pengundi DUN N35 MELALAP.demi menjamin sokongan terhadap PKR ini tidak beralih dan seterusnya menjamin kemenangan PKR di DUN N35 MELALAP ini pada PRU13,PKR harus meletakkan calon dari suku kaum murut yg muda,dinamik serta mempunyai kredibiliti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s