Kongres PKR : Jutawan Jho Low, Rosmah, Anak Dan Tanah TUDM Sg. Besi?

KOTA BHARU 28 Mei – Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat latar belakang seorang rakyat Malaysia bernama Jho Low lulusan Wharton School of Business dan bagaimana beliau mampu memperolehi kekayaan sebegitu banyak dalam usia 28 tahun.

Shamsul mendakwa Jho juga terlibat sebagai penasihat kepada Terengganu Investment Authority, badan yang ditubuhkan untuk mengurus pelaburan hasil daripada royalti minyak negeri itu.

Malah lebih mengejutkan Shamsul mendakwa Jho merupakan individu misteri yang terlibat dalam usaha merampas tanah Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Sungai Besi dengan bersekongkol dengan anak dan isteri Perdana Menteri.

“Kita desak SPRM menyiasat siapa Jho Low ini. Bagaimana dia memdapat kekayaan sehingga The New York Times melaporkan bagaimana anak muda ini berbelanja beratus ribu dolar berseronok di kelab-kelab eksklusif di bandaraya itu dalam beberapa bulan dan terus berbelanja besar. Semua maklumat berkenaan individu ini adalah daripada media luar negara dan kemudiannya dilaporkan oleh media tempatan. Ini menimbulkan keraguan siapa gerangan Jho Low ini dan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya dalam usua muda dan mempunyai kaitan dengan tokoh politik.

“Saya juga mendapat maklumat bahawa beliau juga memainkan peranan untuk merampas tanah kem TUDM di Sungai Besi bersama anak Perdana Menteri dan ‘Big Mama’ (Datin Seri Rosmah Mansor),” kata beliau dalam ucapan dasar pada perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 di sini pagi tadi.

Dalam ucapan beliau yang bertema “Mewarisi Nilai Mempertegas Perjuangan” Shamsul berkata kalau dahulu angkara KKN – Korupsi, Kronisme dan Nepotisme – di terajui golongan veteran seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini KKN dipelopori oleh golongan muda.

“AMK juga mendesak Dr Tun Mahathir yang dilaporkan oleh Barry Wain dalam bukunya telah melenyapkan lebih RM100 bilion aset dan harta rakyat selama beliau menjadi Perdana Menteri.

“Kita juga mahu SPRM siasat ‘Prebet’ Khairy Jamaluddin yang mana rakan baik beliau mencadangkan kepada kerajaan menggunakan Apco, firma yang semua tahu berselirat dengan tokoh Zionis yang zalim,” kta beliau dengan penuh semangat.

Beliau bertegas negara bakal bankrup bukan disebabkan rakyat mahukan subsidi tetapi oleh golongan pemimpin Umno-Barisan Nasional yang korup.

“Kita mahu tiga ‘puaka’ ini disiasat oleh SPRM,” tegas Shamsul lagi.

-Suara Keadilan

Advertisements

5 thoughts on “Kongres PKR : Jutawan Jho Low, Rosmah, Anak Dan Tanah TUDM Sg. Besi?

  1. Jelas sangat, bersubahat dengan KEPALA LANUN negara 1 Malaysia. Rompak tanah rakyat TUDM DENGAN siapa nama pembunuh 1-pmo.

  2. semua orang tahu pemimpin umno/bn penyamun tarbus,,,muka baik tapi perangai saitan…kata nak perjuang ketuanan melayu…tanah melayu beri kat cina…cibai betul…kenapa tak beri kat tabong haji atau pnb untuk develop tanah sg besi tu…tanah sebesar itu beri kat satu cina aje…mana adil…cina lain tak dapat..melayu lain terus layu….islam tak ajar begitu,,,mahu adil lah sikiit oii umno cibai.

    melayu umno yang bangang tu…terus sokong,,,dapat 50.00 dan kain pelikat dah happy…pemimoin umno jual negara…apa yg melayu tinggal…seluar dalam aje…adapun keretapi tanah melayu…itu pun cina yang buat semua..ah,,,boring duduk malaysia…penipu dan pengampu ramai…

    aku nak pindah mongolia…nak tolong jaga anak altantuya…mampuslah umno cepat…baru aku balik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s