Anwar Bongkar Imbuhan UMNO Kepada MP PKR Yang Lompat!

SHAH ALAM 28 Mei – Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mendedahkan butiran bagaimana beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bertindak melompat parti telah disogok dengan wang ringgit dan kontrak oleh Umno-Barisan Nasional sebagai ganjaran mereka mengkhianati parti yang mereka anggotai.

“Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak.

“Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya,” kata Anwar dalam satu kenyataan beliau hari ini.

Anwar berkata Pakatan Rakyat masih menunggu reaksi mereka yang terbabit dalam tindakan melomnpat parti itu sebelum mendedahkan maklumat kepada umum.

“Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” tegas beliau.

-Suara Keadilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s