Keputusan PRK Sibu – DAP/Pakatan Menang Tipis! Hancur BN!

SIBU – 16/5/2010 – DAP yang mewakili Pakatan Rakyat telah memenangi Pilihanraya Kecil P212 Sibu.  Keputusannya :

DAP – 18,845
BN – 18,447
Beb -232

Undi Rosak – 395

Majority – 398

Undi Pos :

DAP – 70
BN – 2,323
Beb – 36

Undi ditolak  – 208

Pakatan sebenarnya belum hilang taring lagi.  Keputusan ini menunjukkan bukan sahaja akan berlaku  perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak, malah di Pilihanraya umum ke13 nanti, insya Allah!

Kalau Pakatan Rakyat telah hilang 1 kerusi di Hulu Selangor, kemenangan ini seolah-olah menggantikan kerusi tersebut.  Masaalah Najib bertambah sekarang kerana Najib kekurangan satu kerusi dalam usahanya untuk mencapai 3/4 majoriti dalam Parlimen!

Keputusan ini serta keputusan PRK Hulu Selangor menunjukkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat masih utuh.  Walaupun MP, Adun dan pemimpin PKR berduyun meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat, kononnya hilang kepercayaan kepada pemimpin teratas mereka, namun rakyat tetap memberi kepercayaan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Inilah kali pertama berlaku PRK dikawasan DAP.  Pakatan rakyat yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS dilihat bekerja sebagai satu pasukan.  Tidak berlaku seperti di Hulu Selangor dimana banyak masaalah timbul dalam melaksanakan kerja-kerja kempen pilihanraya.

Kita harap Pakatan Rakyat akan teruskan kerjasama yang baik seperti di PRK Sibu.  Strateji Najib yang cuba menghancurkan PKR dengan membeli MP dan Adun dari PKR tidak memberi kesan kepada PRK Sibu dan PRK Hulu Selangor.  Pakatan masih menerima undi yang solid dalam kedua PRK ini.

Setakat ini rancangan Najib dan Rosmah melalui APCO Israel serta 1 Malaysia tidak dapat mengubah haluan pengundi di Sibu dan Hulu Selangor.  Apakah rakyat Malaysia akan memasukkan BN kedalam museum dalam PR Umum yang akan datang, kita tunggu dan lihat.  Namun, buat masa ini syabas untuk DAP dan Pakatan Rakyat!

oleh decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s