PRK Sibu : Ketua AMK Sibu Keluar PKR Satu Pembohongan! – Shamsul Iskandar

SHAH ALAM 12 Mei – Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan sekerasnya laporan media yang menyatakan Ketua AMK Sibu keluar parti dan menganggap ia sebagai satu pembohongan.

Beliau menyifatkan berita itu sengaja direka akibat tindakan terdesak Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya kecil Sibu 16 Mei ini.

“Dia bukan Ketua AMK Sibu. Umurnya sahaja sudah 42 tahun. Ini adalah taktik lapuk dan usang yang dilakukan BN menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menang pilihan raya kecil ini,” katanya kepada Suara Keadilan.

Bernama melaporkan Isnin lalu Ketua AMK Sibu, Jee Chang Peng, 42, keluar parti dan bercadang untuk menyertai parti komponen BN.

Menurut Shamsul Iskandar, berita itu sengaja diadakan bagi melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat Sarawak yang kini semakin kuat dan bakal memberikan saingan sengit kepada BN pada PRK itu.

“Di Sibu bukan KEADILAN yang bertanding tetapi DAP. Tetapi mereka melakukan ini untuk longgarkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Perkara ini tidak sedikit pun melemahkan kita dan kita semakin yakin untuk menentang mereka,” ujarnya.

suara-keadilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s