Datuk Ghapur Salleh Akan Letak Jawatan?

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pengarah Strategi KEADILAN Chang Tian Chua mendedahkan bahawa kedudukan Umno-Barisan Nasional semakin tenat berikutan desas desus yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh akan meletakkan jawatan.

Tian dan pasukannya akan membuat penelitian bagi mengesahkan tentang hal tersebut. Beliau beranggapan pergolakan berpanjangan yang berlaku dalam BN berpunca dari gerakan 16 September yang dilancarkan pada tahun 2008.

“Selepas PRU ke-12, Umno-BN melalui satu proses yang tidak stabil. Ramai Ahli Parlimen yang telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional. Apa yang dikatakan sebagai penghijrahan bermaksud perubahan pendekatan dan budaya politik yang bermula pada 16 September,” jelas Tian.

Beliau menjelaskan kepada Suara Keadilan bahawa  walaupun tiada perubahan kerajaan pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar.

Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri  pada 2008 mengambil kesempatan atas kelemahan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Perkara tersebut bukanlah tindakan akhir Najib untuk mengukuhkan kedudukannya, bahkan beliau menggunakan pelbagai taktik termasuk membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan memberi tekanan dan ugutan kepada Ahli Parlimen yang disyaki tidak cenderung kepada Umno-BN.

“Jadi tak hairanlah kalau ada Ahli Parlimen Umno-BN yang difitnah dan dipinggirkan kerana dianggap tak setia kepada Najib,” kata Tian.

Ketika ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa peranan Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim yang dilihat lebih merosakkan Umno, beliau bersetuju dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen tersebut itu tidak bersikap bebas.

Mereka sebenarnya adalah alat yang diperalatkan untuk berkhidmat kepada Umno-BN.

“Umno-BN akan terus mempergunakan mereka. Sama ada Zahrain atau mana-mana individu bebas, sebenarnya mereka telah disediakan skrip yang telah ditetapkan oleh Najib,” kata Tian lagi.

-suara-keadilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s