Keputusan PRK Hulu Selangor – Pakatan Dapat Lebih Undi Banding PRU 2008!

HULU SELANGOR – Walau pun Pakatan Rakyat kalah di PRK Hulu Selangor, namun kita masih boleh rasa lega kerana, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya telah mendapat undi yang lebih berbanding bekas MP Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Pada PRU 2008, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang mewakili PKR, mendapat 23,177 undi,  dimana, Datuk Zaid Ibrahim telah mendapat sebanyak 23,272, kelebihan hampir 100 undi.  Mungkin ini yang dikatakan sebagai menang dalam kalah!.

Ini menunjukkan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak hilang keyakinan rakyat pada pilihanraya kali ini.  Kemenangan yang tipis oleh BN juga memberi harapan kepada  kita sesungguhnya kita boleh memenangi kembali kerusi ini pada PRU yang akan datang.

Kita juga percaya Najib & Rosmah tak dapat tidur  lena dengan keputusan ini.  Dengan apa yang mereka telah mencurahkan di Hulu Selangor dalam bentuk projek dan wang ringgit,  keputusan ini adalah kekalahan mereka!

Sebenarnya ramai penyokong PR telah menjadi cemas melihat cara BN kempen.  Lebih dari RM 300 juta telah ditaburkan di Hulu Sealangor dalam bentuk projek.  Ini tidak termasuk wang ringgit yang banyak dicurahkan kepada pengundi Hulu Selangor.  Bekas penduduk Felda Sg. Buaya telah diberikan wang sebanyak RM 50,000 seorang.  Rasuah dalam bentuk wang telah diserahkan kepada pengundi yang di katakan mencecah sehingga seribu RM seorang.

Kita percaya apabila tibanya PRU ke 13, BN pasti tak mampu mencurahkan sebanyak ini dalam bentuk projek atau wang ringgit.  Apabila Pakatan berjaya mempertahankan undi sebanyak 23,272, kita berada dalam keadaan yang sangat kuat bagi menghadapi PRU umum yang akan datang.

Pakatan telah mengkhuatiri akan kehilangan pengundi melayu yang banyak hasil dari kempen kotor BN, dimana calon kita dihina dan dilabel sebagai pak turut DAP.  Tapi, Alhamdulillah, ini tidak berlaku kerana Pakatan masih dapat mempertahankan undi Melayu disekitar 40% dalam PRK Hulu Selangor kali ini.

Kita berharap pemimpin-pemimpin kita termasuk calon kita, Datuk Zaid Ibrahim tidak berpatah hati tetapi akan menjadikan segala perkara positif yang telah berlaku dalam PRK ini sebagai pembakar semangat untuk terus memperjuangkan perubahan dan fajar baru bagi Malaysia.

Petugas-petugas yang telah bertungkus lumus bekerja keras demi Pakatan Rakyat juga harus diberi pujian.  Kerana andalah Datuk Zaid hampir memenangi kerusi MP Hulu Selangor!  Anda harus meneruskan perjuangan mulia anda.

Tidak lama lagi, Pakatan akan berdepan dengan satu lagi PRK di Sibu, Sarawak.  Kita harap semangat ini akan dibawa ke Sarawak untuk menumpaskan BN, rejim haram yang memerintah negara ini.

Satu lagi faktor penting ialah kerja-kerja yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor selama dua tahun memerintah.  Ini adalah sebahagian besar kekuatan Pakatan mencapai undi sebanyak 23,272 di PRK Hulu Selangor.  Walau pun kita kalah, kita harap kerajaan negeri Selangor akan terus berbakti kepada penduduk Hulu Selangor.

Dengan ini kita harap Pakatan dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor pada PRU akan datang, Insya Allah!

oleh sarunglama

One thought on “Keputusan PRK Hulu Selangor – Pakatan Dapat Lebih Undi Banding PRU 2008!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s