PRK Hulu Selangor – Menggemparkan! P. Kamalanathan Pengundi hantu di Sg Siput?

Hulu Selangor – Semakan Daftar Pemilih di Laman Web SPR menunjukkan seorang yang bernama P. Kamalanathan (Nombor Kad Pengenalan sama dengan Calon BN di Hulu Selangor) adalah pengundi di kawasan bossnya, Samy Velu, di Sg. Siput.

Isu ini dibongkar olih Xavier Jayakumar dalam ceramahnya disini.  Pencarian di laman web juga dilakukan olih Malaysiakini dan didapati adalah benar.

Alamat pada kad pengenalan P. Kamalanathan menunjukkan alamatnya adalah di Rawang.  Bagaimanakah kepalsuan ini berlaku, SPR mesti menjelaskan dan bertanggung jawab sekiranya berlaku penipuan!  Tapi, kita tahu SPR akan memutar-belitkan isu ini untuk mempertahankan salah laku pemimpin BN.

Jelaslah seluruh pemimpin dan bakal pemimpin BN terdiri dari mereka yang tidak boleh dipercayai.  Pengundi harus sedar penipu-penipu inilah bakal akan mewakili pengundi P94 Hulu Selangor di Parlimen.

Inikah yang dikatakan calon yang bersih? Apabila P. Kamalanathan tunduk dan cium tangan orang atasannya yang memang terkenal dengan pelbagai salah laku, maka orang ini tidak boleh dipercayai.  Dia tunduk dan cium tangan TPM adalah kerana sangat berterima kasih dengan pimpinan tertinggi UMNO yang telah merampas kerusi G. Palanivel dan memberikan  kepadanya dan bukan kerana hormat.

Apakah pengundi Hulu Selangor boleh mengharapkan sesuatu dari seorang calon yang berkata beliau akan menghadiahkan “P94 Hulu Selangor kepada Perdana Menteri’.  Bagi beliau memuaskan hati pemimpin-pemimpinnya adalah agenda paling utama bukan perjuangkan nasib pengundi!.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s