PRK Hulu Selangor – Dr. Halili Masuk UMNO, Nasib Baik Tidak Dipilih Calon PKR!

HULU SELANGOR – Dr. Halili Rahmat, bendahari PKR Bahagian Hulu Selangor mengumumkan keluar dari PKR dan menyertai UMNO.  Sebelum ini, Dr. Halili adalah diantara nama-nama  yang disenaraikan sebagai calon PKR bagi PRK Hulu Selangor.

Semalam, Muhyiddin Yasin mengumumkan akan berlaku satu kejutan pada hari ini, dimana seorang yang berpengaruh dari PKR akan mengisytihar keluar parti.  Tapi, kejutan tidaklah sebesar mana seperti yang dibimbangi oleh setengah pihak.

Banyak blog dan laman web telah meramalkan, kemungkinan MP Wangsa Maju, Woo Chee Keong yang akan keluar PKR.  Yang jelasnya bukan seorang yang bergelar YB yang keluar dari PKR.

Setakat ini UMNO hanya dapat membeli ahli-ahli PKR yang tak berapa berpengaruh sejak bermulanya kempen di Hulu Selangor kecuali ADUN Bakar Arang, Kedah, yang sememangnya dijangka akan meninggalkan PKR kerana ADUN tersebut telah pun digugurkan dari jawatan EXCO Negeri Kedah.

Kalaulah Halili telah dipilih sebagai calon PKR bagi PRK Hulu Selangor, dan kemudian beliau isytihar keluar PKR, maka malang sungguhlah nasib Pakatan Rakyat.  Rupa-rupanya ada hikmat juga apabila Datuk Zaid Ibrahim dipilih menjadi Calon Pakatan Rakyat. Sekarang jelaslah Dr. Halili merupakan seorang yang berjuang kerana habuan.  Beliau mudah dibeli oleh UMNO dan beliau sanggup menggadaikan perjuangannya disaat-saat yang genting bagi PKR, yang beliau mendukungi sekian lama.

Perbezaan diantara Datuk Zaid dan Dr. Halili amatlah jauh berbeza.  Datuk Zaid meninggalkan UMNO semasa beliau masih seorang menteri kerajaan kerana tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan dan UMNO.  Pada masa itu, beliau masih boleh kekal sebagai menteri dan merompak khazanah negara seperti menteri-menteri yang lain.  Beliau boleh menjadi kaya raya seperti keluarga menteri-menteri yang lain.  Tetapi beliau memilih untuk meninggalkan parti perkauman UMNO kerana beliau adalah seorang yang berprinsip!

Dr. Halili pula mudah dibeli oleh sesiapa sahaja.  Bayangkanlah kalau beliau dipilih sebagai MP Hulu Selangor.  Harga beliau akan naik dan akan menjadi seperti MP PKR yang lain yang keluar parti seperti bekas MP PKR, Datuk Zahrain dan MP Kulim, Zulkifli Nordin.

Ada baik juga apabila semua ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat yang hanya berjuang demi habuan, pangkat dan kedudukkan terus meninggalkan parti-parti Pakatan Rakyat.  Biar mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan sahaja yang bersama-sama meneruskan perjuangan ini.  Mungkin juga esok atau lusa memang ada MP PKR yang akan mengisytihar keluar parti menjadi MP bebas yang condong kepada BN, kita tunggu dan lihat.

Kelihatan sewaktu Halili sedang mengisytiharkan menyertai parti haram UMNO, setan Shamsudin Hashim, bekas setaiausaha agung PKR ada bersama-samanya.  Cuba teka berapakah habuan yang sudah diterima oleh Dr. Halili?  Tapi, maaf, tiada hadiah bagi mereka yang dapat meneka dengan tepat!

olih decapucino

2 thoughts on “PRK Hulu Selangor – Dr. Halili Masuk UMNO, Nasib Baik Tidak Dipilih Calon PKR!

  1. Begitulah bijaknya Anwar Ibrahim. ALLAH sentiasa melindungi hamba yang taat padanya. Semoga ALLAH menghukumi manusia-manusia dalam ummmm…….noooooooo

  2. Just want to say what a great blog you got here!
    I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!

    Thumbs up, and keep it going!

    Cheers
    Christian, iwspo.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s