PRK Hulu Selangor – Gambar Zaid Teguk Arak Dicipta Oleh UMNO!

Hulu SelangorBanner (disebelah) adalah banner yang direntang di Hulu Selangor setelah bermulanya kempen pilihanraya.  Banner diatas dipercayai di pelopori oleh UMNO/BN untuk menjatuhkan kredibiliti dan mencemari peribadi calon Pakatan, Zaid Ibrahim.  Tetapi dari manakah mereka mendapat gambar Zaid sedang meneguk arak?

Gambar tersebut adalah gambar yang diubah suai (super impose) oleh bloggers yang menyokong UMNO dan bolih didapati dalam blog yang pro-UMNO/BN.  Dibawah ini adalah gambar asal yang dicetak pada banner diatas.  Jelas kelihatan gambar ini telah disunting.

Gambar ini dimuatkan dalam laman web – PARPUKARI.  Laman web ini adalah diantara laman yang dibiayai oleh UMNO dengan mengunakkan duit rakyat demi menjatuhkan Pakatan dengan mencipta berbagai fitnah dan tohmahan tentang pemimpin -pemimpin Pakatan Rakyat.  Tapi tidak tahu pula butiran mengenai berapakah habuan yang diterima olih mamat yang mengendalikan laman ini.

Gambar diatas disunting (super impose) menggunakan  gambar asal dibawah ini, dimana  kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang meneguk sebotol arak.

UMNO sanggup membuat apa saja demi mencapai tujuan mereka untuk terus menguasai kerajaan Malaysia.  Menguasai kerajaan bermakna menguasai dana negara ini.  Harta rakyat dianggap seperti harta bapak mereka.  Mereka sanggup menghina seorang melayu yang bernama Anwar Ibrahim dengan menghadapkannya ke mahkamah atas tuduhan liwat kerana gusar inilah satu-satunya orang yang bakal mampu menjadi perdana menteri Malaysia!

Hukum-hukum Islam hanya menjadi permainan bagi mereka.  Fitnah, memfitnah untuk menjatuhkan sesama Islam hanyah gurauan bagi mereka.  Mereka sanggup mencipta gambar seorang Islam sedang meneguk arak hanya untuk memenangkan seorang calon bukan Islam dari MIC yang juga biasa minum arak.

Apakah umat Islam masih hendak memberi mandat kepada UMNO?  Apakah anda masih percaya UMNO akan memartabatkan bangsa melayu?

oleh sarunglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s