Kes MB Lwn MB Perak – Episod Malang Sebuah Demokrasi!

1. Sejarah hitam negeri Perak Darul Ridzwan sedang dipahat dengan menatah ceritera keruntuhan sebuah sistem demokrasi . Lebih hitam sejarahnya apabila kebejadan sebuah drama rampasan kuasa turut dilakar .

2. Piliharaya bagai tidak memberi erti dan nilai lagi sedang ia adalah medan rakyat memandatkan pemimpin mereka untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan penuh kepercayaan .

3. Manakan tidak , mandat yang yang diperolehi melalui sistem demokrasi [ pilihanraya ] diragut begitu sahaja sehingga meninggalkan kesan kecederaan serius pada hati masyarakat .

4. Begitu mudah bagi UMNO dan BN merampas kuasa melalui lorong belakang yang jijik lagi kotor tanpa sebarang nilai moral dan etika . Kepercayaan dan mandat yang diberi oleh rakyat melalui sistem pengundian disentap dengan begitu rakus dan haloba .

5. Beberapa hari yang lepas , mahkamah telah memutuskan bahawa Menteri Besar negeri Perak ialah Zambry dari UMNO dan BN bukan Ir. Nizar Jamaludin dari PAS dan Pakatan Rakyat . Keputusan ini jelas terlakar kekecewaan pada wajah kebanyakkan masyarakat terutama mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu . Sementara penyokong UMNO dan BN tentu tersenyum lebar dan puas dengan keputusan tersebut .

6. Saya sendiri tidak tahu bagaimana tahap maruah dan harga diri yang dimiliki oleh UMNO dan BN apabila mereka sanggup serta tergamak melebar senyum , memimpin sebuah negeri hasil rampasan kuasa yang tidak bertamadun dan bermaruah . Tambahan pula keputusan mahkamah berpihak kepada mereka .

7. Saya melihat apa yang berlaku di Perak benar – benar menghakis kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi negara setelah mereka menyaksikan sendiri bagaimana sebuah pengiktirafan bagai diberikan kepada pencabul demokrasi yang turut menodai kepercayaan majoriti rakyat di negeri Perak .

8. Kesannya bukan hanya kepada iklim politik tanahair tetapi juga turut mengheret rasa curiga masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan politiknya. Tentunya ketidakstabilan politik ini pula akan memberi kesan yang sangat negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri malah turut merosakkan pengurusan atau pentadbiran negeri serta mengganggu kesejahteraan rakyat .

9. Membawa jiwa yang kecewa dan hampa , kini apa yang boleh dilakukan oleh rakyat negeri Perak amnya dan seluruh anak – anak muda yang berkobar – kobar semangat juang mereka ialah memberi tumpuan dan fokus kepada pilihanraya umum ke 13 .

10. Teringat saya bagaimana Jepun mampu bangkit setelah negara mereka musnah teruk akibat peperangan . Segala kesungguhan , kegigihan , sistematika kerja dan konsistens menjadi formula kebangkitan semula rakyat Jepun . Harapnya seluruh rakyat negeri Perak mampu membuat kebangkitan semula menjelang pilihanraya umum 13 kelak . Justeru satu lagi mahkamah yang perlu dilalui oleh mereka iaitu Mahkamah Rakyat sebelum berdepan pula dengan Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil Tuhan yang Maha Adil lagi saksama .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

28 Safar 1431H
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s