Keputusan Mb Lwn MB Perak – Zambry Sebagai MB Akan Terus Dipertikaikan!

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah.  Tetapi, apakah keputusan mahkamah persekutuan ini akan meredakan pertikaian tentang kesahihan Zambry sebagai MB Perak.

Zambry telah dari awal lagi dipertikaikan olih semua pihak. Rampasan kuasa yang tidak bermoral olih Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, telah meninggalkan suatu persoalan tentang kesahihan MB Perak. 

Apabila Mahkamah Tinggi tahun lepas memutusakan bahawa Nizarlah MB Perak yang sah, tiba-tiba mahkamah rayuan memutuskan sebaliknya.  Kemudian mahkamah persekutuan pula pada hari ini mengukuhkan ‘rampasan keputusan’ olih mahkamah rayuan.  Mengapakah setiap kali apabila mahkamah tinggi membuat sesuatu keputusan memihak kepada Pakatan, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan akan mencelah dan memberikan kemenangan kepada BN semula?  Apakah mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan milik penuh UMNO/BN?

Hari ini jelas kelihatan tangan-tangan ghaib yang berada dibelakang keputusan mahkamah persekutuan.  Zambry tidak berani menghadirkan diri di mahkamah persekutuan untuk mendengar keputusan.  Padahal, Zambry berada bersama-sama dengan Perdana Menteri di Putarajaya menghadiri sidang menteri-menteri besar dan ketua menteri. 

Mengapa perdana menteri mengadakan sidang menteri besar pada hari ini?  Bukankah beliau maklum pada hari ini mahkamah persekutuan akan mengumumkan keputusannya berkaitan kes MB lwn MB Perak?  Apakah mereka tidak perlu hadir dimahkamah kerana merekalah yang mengaturkan keputusannya?

Sekarang Zambry akan digelar sebagai Menteri Besar Mahkamah kerana beliau tidak dipilih olih rakyat negeri Perak tetapi olih mahkamah.  Apakah gelaran seperti ini akan memberi kesan pada Zambry? Saya fikir tidak.  Beliau sedikit pun tidak merasa apa-apa apabila berbagai gelaran dan andaian dilemparkan kepadanya setelah beliau dilantik sebagai Menteri Besar haram sebelum ini.  Hanya seseorang yang mempunyai maruah diri sahaja akan merasa silu apabila rakyat pada umumnya tidak menerimanya  sebagai seorang MB yang sah.  Dan Zambry tidak tergolong dalam seorang yang mempunyai maruah diri!

Apakah keputusan ini bermakna selepas ini, Sultanlah paling berkuasa untuk melantik seorang Menteri besar dan bukan lagi Dewan Undangan Negeri.  Keputusan mahkamah persekutuan hari ini mempunyai implikasi yang besar keatas badan-badan perlembagaan!

Sebelum ini media alam maya banyak meramalkan keputusan akan berpihak kepada Nizar.  Ada yang mengatakan keputusan akan berpihak kepada Nizar dengan nisbah 4 : 1. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.  Zambry dan Najib sebelum ini tidak nampak sedikt pun gusar tentang keputusan yang akan diumumkan hari ini.  Malah, Zambry sangat marah kepada laporan-laporan blog yang meramalkam keputusan akan berpihak kepada Nizar.  Datuk Rais Yatim telah meminta rakyat supaya menerima keputusan yang akan diumumkan dengan tenang, tanda bahawa beliau sudah pun mengetahui keputusannya!

Jelaslah  Najib sangat takut untuk mengadakan piliharaya negeri Perak.  Sebelum ini banyak berita yang mengandaikan sokongan untuk pakatan sudah merosot di negeri Perak.  Malah Nizar sendiri telah mengaku sokongan pengundi melayu pada pakatan sudah pun menurun.  Tetapi ini semua tidak meyakinkan Perdana Menteri supaya suatu pilihanraya negeri diadakan.

Mungkinkah kemenagan kepada Zambry ada hikmahnya?  Mungkinkah kekalahan Nizar dimahkamah menyelamatkan pakatan daripada kekalahan yang mungkin dialami sekiranya pilihanraya negeri  diadakan?  Kita tidak akan tahu kerana BN menggunakan kuasa mahkamah supaya MB Perak tidak dipilih olih rakyat.

Kemelut krisis DUN Perak tetap akan berterusan.  BN tidak memilih jalan untuk menyelesaikan kemelut ini.  BN tidak mahu memberi mandat kembali kepada rakyat unuk memilih MB mereka.  Zambry sebagai MB Perak akan terus dipertikaikan kesahihannya.

Tapi, adakah kemungkinan Zambry Abdul Kadir akan menghadap Sultan Perak supaya DUN Perak dibubarkan setelah selesainya segala proses Mahkamah?

olih sarunglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s