Keputusan Kes MB Lwn MB Perak – Mahkamah Persekutuan Putuskan Zambry MB Perak!

PUTRAJAYA 9/2/2010 – Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff mengumumkan Datuk Zambry Abdul Kadir adalah MB Perak yang sah.

Sewaktu keputusan ini diumumkan di Mahkamah Persekutuan, Zambry tidak berada di Mahkamah.  Beliau dipercayai menghadiri mesyuarat menteri besar dan ketua menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Nizar Jamaluddin, Ngeh Khoo Ham, Lim Kit Siang, Idham Lim berada dalam Mahkamah sewaktu keputusan diumumkan.

Apabila Tan Sri Hakim Ariffin mula meletakkan kesilapan keatas peguam Nizar dalam menfailkan dakwaan sewaktu pembacaan latar belakang kes, sudah terbayang Mahkamah Persekutuan akan menyebelahi Zambri.

Sebelum ini, Perkarangan Kompleks Istana Kehakiman di sini dibanjiri kira-kira 300 penyokong kedua-dua pihak – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi menanti keputusan teka-teki siapakah Menteri Besar Perak yang sah dari sudut undang-undang.

Seawal pukul 8 pagi, kira-kira 150 penyokong Zambry dengan memakai kemeja-T kuning yang tertera perkataan ‘Daulat Tuanku’ berkumpul dengan membawa kain rentang.

Dipercayai kumpulan berkenaan terdiri daripada Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s