Kes Liwat Anwar – Penyokong Anwar Demonstrasi Selepas Solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim siang tadi mengadakan bantahan terhadap pertuduhan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka berhimpun selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Wilayah Jalan Duta dengan membentang kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’.

Mereka turut melaungkan ‘reformasi’ serta mengutuk pendakwaan terhadap Anwar yang didakwa fitnah dan mahu menjatuhkan kerier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata, kes liwat ke atas Anwar kali ini adalah ulangan kes yang pernah berlaku pada 1998.

Jelasnya modus operandi sama dilakukan bagi menzalimi peribadi Anwar sekaligus membenarkan Datuk Seri Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar (serupa) dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.

“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Beliau juga turut memaklumkan himpunan besar turut akan didakan di bandar-bandar lain dan siri ‘road show’ bertemu rakyat menjelaskan perkara tersebut juga akan dibuat.

Selagi perbicaraan terhadap Anwar berjalan jelasnya, selagi itu himpunan bantahan akan di adakan.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak kerajaan BN untuk meneruskan kekuasaan.

Beliau menyeru semua penggerak Reformasi kembali bersatu untuk menggerakkan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.

Perhimpunan aman itu hanya berakhir di situ tanpa sebarang perarakan ke Kompleks Mahkamah yang terletak bersebelahan.

Beberapa trak bersama anggota polis dilihat mengawal jalan masuk menuju ke bangunan kompleks mahkamah manakala puluhan petugas media juga turut kelihatan. –harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s