Kes liwat Anwar – Utusan Malaysia Sekali Lagi Menjadi baruah UMNO!

KUALA LUMPUR 4/2/2010 – Akhbar Harian, Utusan Malaysia memapar tajuk  ‘Tak Rela Diliwat Lagi’ pada pengeluuaran mereka bertarikh 4/2/2010.

Inilah kurang ajarnya Utusan Malaysia yang menjadi talibarut UMNO! Dengan tajuk seperti ini jelaslah satu konspirasi besar sudah diatur olih UMNO untuk menjatuhkan maruah Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita dapat rasakan seolah-olah Utusan Malaysia sudah pun awal-awal lagi me reka tajuk serta isi akhbar mereka berkaitan kes Liwat II Anwar.  Ini juga dilihat sebagai satu perancangan yang amat rapi untuk  menjatuhkan Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Mereka ini jugalah yang telah memainkan peranan besar apabila Anwar Ibrahim buat pertama kalinya dituduh liwat olih Azizan Abu Bakar.  Utusan Malaysia telah memutarbelitkan berbagai fakta dan cerita sewaktu perbicaraan kes liwat Anwar berlangsung dibawah penghakiman, hakim gula-gula hacks, Augustine Paul.

Kejatuhan Mahathir adalah selepas tuduhan liwat terhadap Anwar dipentaskan.  Keadaan yang sama nampaknya berulang dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Apakah Najib dan UMNO sedang melakukan kesilapan yang sama seperti Dr. Mahathir?

Dan Utusan Malaysia juga masih menjdi pencacai UMNO seperti dizaman Dr. Mahathir Mohammad.  Kita harap Utusan Malaysian mainkan peranan mereka dengan bijak sekali supaya UMNO sekali lagi terbarai! 

Bilakah Utusan Malaysia dapat keluarkan diri mereka dari kepompong UMNO?  Bilakah mereka dapat menjadi akhbar yang bebas dan di hormati?

olih sarunglama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s