Kes Liwat Anwar – Najib Dan Rosmah Akan Jadi Saksi?

KUALA LUMPUR 2/2/2010 – Datuk Seri Anwar berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh mensapina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya Datin Seri Rosmah mansor menjadi saksi dalam kes  perbicaraan liwat II di Mahkamah Tinggi hari ini.

Penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan jam 4.30 petang 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Anwar mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa Saiful Bahari telah menemui Perdana Menteri dan isterinya, dua hari sebelum membuat laporan polis.  Datuk Seri Najib sendiri telah mengakui pada bulan Julai 2008 tentang pertemuan tersebut.

“Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.”

“Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu,” katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: “Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

“Mereka mesti hadir jelaskan keadaan,” katanya.

One thought on “Kes Liwat Anwar – Najib Dan Rosmah Akan Jadi Saksi?

  1. bagus tu kalau panggil datuk seri najib shaariibuu & rosmah.saya pun nak dengar apa penjelasan dia org!!.pandai tuduh org macam2….sebelum dia tiba di mahkamah mesti puan rosmah dah jumpa dgn bomoh dia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s