TV3 Memfitnah, Tindakan Mahkamah Oleh Nizar Jika TV3/4 Tidak Betulkan!

http://misabah.blogspot.com

Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah.

Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato’ Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato’ Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s