Mahkamah Tarik Balik Pengharaman Buku Sisters In Islam, UMNO Membisu!

Laporan Malaysiakini:

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik balik pengharaman buku ‘Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism’ yang dikuatkuasakan lebih setahun setengah yang lalu.

Buku berkenaan diedit oleh pakar sosiologi dari Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Norani Othman dan diterbitkan untuk NGO, Sisters in Islam (SIS).”

Inilah mentaliti UMNO! Kononnya mereka ini pejuang agama.  Apabila Orang Kristian hendak menggunakan Kalimah “Allah” dalam Penerbitan mereka, ditentang hebat olih “Pejuang Islam” jadian dalam UMNO!

Bukan main lagi UMNO mementaskan drama yang amat menakjubkan penduduk bumi.  Kononnya Kalimah “Allah” tidak bolih digunakan olih orang bukan Islam. “Perjuangan” UMNO cukup hebat sehingga terjadilah banyak kebakaran gereja dan surau dinegara ini.  Terjadilah kecemasan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.  Jadi, siapa kata UMNO tak hebat, memang super hebat!

Tetapi belum pun reda ‘pementasan’ mereka untuk mengelirukkan umat Islam itu, tiba-tiba Mahkamah mengumumkan penarikkan balik pengharaman keatas sebuah buku terbitan Sisters In Islam berjudul ‘Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism’ yang menghina dan merendahkan martabat Islam!  Ramai ilmuan dan ulama Islam telah meminta kerajaan “Islam” UMNO supaya mengharamkan sahaja pergerakkan SIS ini, tetapi UMNO hanya membisu.  Kemudian mereka “buat wayang” apabila mereka haramkan buku terbitan SIS.  Sekarang mahkamah mereka tarik balik pengharaman keatas buku terbitan SIS tersebut!

Dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk, Sisters In Islam Patut Diharamkkan, telah dijelaskan betapa bahayanya gerakan SIS.  SIS yang menyamar sebagai aktivis Islamlah yang sebenarnya menyesatkan umat Islam.  Sebelum ini, UMNO mengatakan, sekiranya penganut Kristian menggunakan kalimah “ALLah”, mereka akan mengelirukan dan menyesatkan umat Islam.  Tapi bagaimana dengan penerbitan SIS yang juga mengelirukan dan menyesatkan umat Islam dibenarkan diterbit?

Mana perginya “suatu spesis katak” yang nama saintifiknya ialah “Ibrahim Ali” yang diperkudakan olih UMNO?  Mengapa tidak bangun dan menentang penarikkan balik pengharaman keatas buku penerbitan SIS?  Mana perginya imam-imam masjid yang menitiskan airmata kerana mahkamah membenarkan penganut agama  menggunakan kalimah “Allah”?  Mengapa mereka tidak mahu menitskan air mata mereka apabila tali-barut barat seperti sisters in Islam yang hendak mengelirukan dan menyesatkan umat Islam negara ini?

UMNO hanya hendak mendapatkan keuntungan dari segi politik apabila mereka mementaskan ‘show’  kalimah “Allah”, tidak lebih dari itu.  Kerana UMNOlah umat Islam dinegara ini ketinggalan dari segi amalan dan moral agama.  Kerana UMNOlah petualang Islam  seperti sisters in Islam bebas menyesatkan umat Islam.

olih decapuchino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s