Kes MB Vs MB Perak – Keputusan Mahkamah Rayuan Pada 9 Feb

IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.

 Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.

Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.

“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini. – harakahdaily

Advertisements

3 thoughts on “Kes MB Vs MB Perak – Keputusan Mahkamah Rayuan Pada 9 Feb

  1. Saya percaya Dr Zambry akan memenangi kes tersebut
    Kemenangan bukan hanya untuk beliau tetapi kemenangan untuk
    rakyat negeri perak khususnya tanpa mengadaikan maruah
    agama dan bangsa.

  2. SAYA BPENDAPAT LEBIH BAIKLAH JIKA DR. ZAMBRY YANG MENANG KERANA IA KAN MENJADIKAN NEGERI PERAK LEBIH STABIL DAN AMAN MAKMUR.

    INI KERANA PIHAK PEMBANGKANG MMG ENTAH APE2. MENYAMPAH TGK GAYE DEME. MMG GILER KUASA

    BAJET2 ADIL …SEMBANG JE LA BOLEH…TINDAKAN SEMUA NTAH APE2. SANGGUP GADAIKAN MARUAH BANGSA…BYE

  3. Saya setuju dengan pandangan PEMERHATI BEBAS

    Setelah keputusan mahkamah hari ini yang memihak kepada bro Zambry saya percaya bro Zambry akan bekerja dengan lebih keras lagi bagi memenangi hati semua rakyat tidak kira kaum dan agama.

    Sekurang kurangnya kemarahan rakyat terhadap kerajaan UMNO dahulu akan terubat sedikit

    tak gitu bro Zambry

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s