Kes MB vs MB Perak – Apakah Keputusan Mahkamah Pada 9 Feb Berpihak Kepada Pakatan?

Laporan harakahdaily:

“IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.

 Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.”

Berbagai spekulasi telah kedengaran sebelum ini tentang apakah sebenarnya keputusan mahkamah persekutuan berhubung Rayuan MB Perak, Nizar Jamaluddin, tentang siapakah MB Perak yang sah.

Mengikut blog-blog pro-pakatan, banyak yang menyuarakkan, keputusan akan berpihak kepada Pakatan.  Dikhabarkan Najib telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar olok-olok, Zambry Kadir, baru-baru ini di Arab Saudi tentang keputusan yang akan dibuat olih mahkamah. Tak sampai dua minggu berita ini dilaporkan dialam siber, Mahkamah Persekutuan  sudah pun memberi notis bahawa ia akan memberikan keputusannyapada 9 Feb ini.  Jadi apakah benar laporan-laporan yang dibuat olih blog-blog pro-pakatan tentang kemenangan berpihak kepada Pakatan?

Tetapi masih ada satu soalan disini.  Bagaimanakah Perdana Menteri, Datuk Najib, bolih mengetahui bahawa mahkamah persekutuan sudah pun mahu memberi keputusannya, lalu mengadakan pertemuan dengan Zambry di Arab Saudi?  Kalau begitu, mungkinkah Najib sudah pun mengetahui keputusan yang akan disampaikan olih mahkamah persekutuan tersebut? 

Apakah untungnya UMNO/BN, sekiranya, keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Pakatan?  DS Nizar Jamaluddin sudah menjelaskan, sekiranya keputusan memihak kepada beliau, beliau akan terus menghadap sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan.  Apakah memang ini yang diharapkan olih UMNO/BN? 

Kalau begitu, apakah UMNO/BN memang yakin bahawa mereka akan menang sekiranya diadakan pilihanraya Negeri Perak? Baru-baru ini DS Nizar ada menyebut tentang kemerostan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan dikawasan pendalaman dinegeri Perak.  Mungkinkah ini satu sebab mengapa UMNO/BN mahu  supaya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berpihak kepada Pakatan dimana UMNO yakin bolih mendapat majoriti yang besar dari kalangan pengundi Melayu dan dapat menguasai Negeri Perak secara sah?

Tetapi masih ada kemungkinan-kemungkinan lain yang bolih berlaku dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 feb. ini.  Seperti yang dijangkakan sebelum ini, mungkin keputusan bolih berpihak kepada ‘hitler’ Zambry.  Kita masih ingat, hampir semua kes-kes politik yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat yang melangkah ke Putrajaya belum pernah berpihak kepada Pakatan.  Hakim-hakim yang mendengar kes Rayuian dari Nizar ini, majoritinya adalah yang biasa memberi kemenagan ‘walkover’ kepada UMNO?BN!

Jadi apakah kita percaya keadilan akan terlaksana di mahkamah rayuan Putrajaya?  Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s