Kedudukan Dr Hassan Ali, Khalid Samad Akan Diumum 29 Jan

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam,  akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini.

 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya jam 3.30 petang tadi berkata, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan keterangan dan bukti yang mereka terima.

“Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya,” kata Tuan Ibrahim.

Duduk bersama beliau adalah Datuk Wan Mutalib Embong dan Ustaz Mohmad Baqi, dua lagi anggota jawatankuasa itu.

Mereka telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sejak jam 10 pagi tadi dan bersambung selepas solat Jumaat.

Ketika ditanya,Tuan Ibrahim berkata, kedua-duanya mempunyai kes prima fecie sebab itulah kedua-duanya dipanggil membela diri sebelum ini.

Datuk Wan Mutalib pula berkata, tidak timbul soal kesalahan kedua-duanya serius atau tidak tetapi untuk keadilan, keputusan itu hendaklah diumumkan di depan mereka berdua.

Hassan dan Khalid telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran beberapa kenyataan mereka yang yang dilihat menyusahkan dan menjejaskan nama baik PAS. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s