Lembaga Disiplin PAS Akan Putuskan Kes Hasan Ali, Khalid, 22 Jan

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Lembaga Disiplin PAS Pusat akan bermesyuarat pada Jumaat, 22 Januari ini bagi membuat rumusan berhubung siasatan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat berkenaan dijangkakan yang terakhir sebelum membuat keputusan kepada kedua dua orang kena tuduh tersebut.

Mesyuarat tersebut juga diadakan setelah selesai meneliti semua dokumen yang dikemukakan saksi berhubung kes tersebut.

“Hari Jumaat ini Lembaga Disiplin Parti akan bermesyuarat untuk merumuskan hasil siasatan.

“Insyaallah Jumaat ini mesyuarat terakhir, kita tutup siasatan dan sudah teliti semua dokumen yang diserahkan di peringkat akhir,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Justeru, beliau enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum mesyuarat Jumaat ini membuat keputusan terhadap kes ini.

Rabu lalu, Tuan Ibrahim berkata, individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bagaimanapun boleh merayu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Hasan dan Khalid dipanggil oleh Jawatan Disiplin parti ekoran aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak tanduk mereka yang merugikan Pakatan Rakyat.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum di bawah Fasal 75 Perlembagaan PAS  yang memperuntukkan hukuman sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian. – harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s