Kalimah ALLah – Perjuangan UMNO Pertahan Islam Atau Kepentingan Politik?

Inilah akibat dari perjuangan politik perkauman UMNO

Setelah bantahan pimpinan UMNO berkaitan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan majallah Kristian, satu siri keganasan membakar gereja telah bermula.  Adakah ini berpunca dari perjuangan UMNO mempertahankan Islam atau untuk kepentingan politik cetek mereka?

Kita semua kenal UMNOlah parti yang paling kuat menentang Islam.  Tapi kenapa dalam isu ini kalimah Allah, UMNO yang paling kuat membantah?  Apabila PAS mengajak supaya UMNO bersama dengan PAS melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini, UMNO menentang dengan alasan, ini negara majmuk, tak bolih memerintah dengan undang-undang Islam.  Umno kata orang bukan Islam tidak akan setuju.  

Tapi apabila masyarakat majmuk ini hendak menggunakan kalimah ALLah dalam tulisan mereka, Umno kata tidak bolih.  Meneggakkan negara Islam adalah perkara yang wajib dan lebih besar banding dengan isu kalimah Allah yang sedang ditimbulkan olih bukan Islam.

Apabila orang-orang seperti Ibrahim Ali yang bangkit dan menentang isu ini melalui Perkasa, sah ini adalah isu politik melayu kerana UMNO dan Ibrahim Ali hanya akan bangun dan mengeksploitasi sesuatu keadaan apabila ia ada kaitan dengan politik melayu.  UMNO fikir mereka bolih mendapatkan sokongan orang melayu melalui isu ini.

Diseluruh dunia berbagai penganut agama lain telah dan sedang menggunakan kalimah Allah.  Masyarakat Arab musyrik telah pun menggunakan kalimah Allah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Allah itu bukan hak orang Melayu, Arab, India, Cina atau mana-mana bangsa sahaja, malah  Allah adalah tuhan sekalian alam termasuk tuhan orang-orang bukan Islam.  Sepatunya kita kena merasa lega sekarang kerana orang bukan Islam mula mengaku dan menerima bahawa Allah itu tuhan mereka juga!

Diantara alasan UMNO ialah orang bukan Islam akan menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam dan menarik mereka keluar dari Islam.  Kalau inilah alasannya maka UMNO sebenarnya telah gagal dalam menyampaikan Islam kepada umat Islam di negara ini.  Kalau dengan hanya menggunakan kalimah Allah, orang bukan Islam dapat memesongkan akidah umat Islam, bermakna iman umat Islam dinegara ini amatlah lemah!

Jadi, siapakah punca lemahnya iman umat Islam dinegara ini?  Siapa lagi kalau bukan UMNO dan mereka yang sewaktu dengannya!  UMNO yang sedang memerintah negara ini sekarang.  Mengapa UMNO tidak menyampaikan dakwah kepada umat Islam sehingga iman umat islam kini amat lemah?  Mana program UMNO untuk meneggakkan Islam di Malaysia?  Mengapa tiada tindakkan dalam bentuk dakwah apabila ramainya anak-anak luar nikah dilahirkan olih orang Islam.  Mat rempet yang tiada pegangan agama yang sedang menggila, tiada sebarang tindakkan diambil dari sudut Islam untuk membetulkan mereka!  Orang-orang Islam yang berjudi, minum arak dan melakukkan maksiat seolah-olah mendapat restu dari UMNO.

UMNO, janganlah cakap pasal Islam.  Kalau yang memerintah dan yang memimpin terdiri dari kalangan pembunuh, kaki perempuan, kaki botol, kaki maksiat dan dari kalangan mereka yang tidak mendirikkan solat dan memakan harta rakyat secara haram, mana ada masa depan untuk umat Islam dinegara ini.

Apakah umat Islam masih menaruh harapan kepada UMNO untuk meneggakkan Islam di negara kita?  Fikirlah sejenak!

olih – sarunglama

2 thoughts on “Kalimah ALLah – Perjuangan UMNO Pertahan Islam Atau Kepentingan Politik?

  1. kehadapan sarunglama…

    assalamualaikum wrbt…

    saya menulis disini adalah tidak berpihak untuk mana2 parti..ape yang saya ingi suarakan ialah kita tidak sepatutnye menunding jari terus terhap kepimpinan UMMO atau apa pun..disini kita sendri patut sedar bagaimana untuk atasi masalah tersebut bersama.bukan UMMO yang menyebabkan mat rempit atau kelahiran anak luar nikah terjadi padahal ape yang sy lihat banyak yang terjadi daripada kawasan jajahan PAS..masyarakat mereka lagi teruk daripada yang lain kerana terlalu menyalahkan parti lain anak jajahan sendiri yang hancur..isu bakar gereja blum selesai lagi dan tak patut menuduh dan membuat andaian sesuka hati ibarat seperti membunuh..kenapa smua ini berlaku sedangkan UMMO sendr menegakkan msyarakt melayu supaya lebih maju..orang PAS jagn sombong dan meninggi diri dalam menegakkan islam seharusnya bersama membangunan ISlam..kita perlu sedar selama ini kerajaan juga banyak membantu memberi keselesaan pada kite seperti rumah, hospital sekolah dan lain2 semua pergi ke sana tak kire apa parti pun..SEDARKAH KITA?? Doktor, lawyer ke yang jadi ahli PAS belajar dari mana??bukan dari pembangunan yang keraan wujudkan..LUPAKAH ANDA SEMUA??ibarat KACANG LUPAKAN KULIT..disini saya berharap kita smua patut berterima kasih sesama manusia yang kita masih hidup dalam aman dan sentosa tiada kacau bilau seperti negara lain..yang baik semua datangnya daripada ALLAH swt dan yang lemah itu datangnya daripada kita sendr…

    Sekian..1 MALAYSIA

  2. Pas yang telah beberapa lama mengangkat parti mereka sebagai pejuang Islam tulen dan juga sebagai sebuah parti yang menjaga martabat Islam, kini terdesak untuk menidakkan dominasi Umno yang semakin menyerlah sebagai pembela agama dan juga bangsa.

    Tindakan bersekongkol dengan PR membawa padah apabila Pas telah terperangkap didalam mainan politik kotor Anwar Ibrahim. “Ulamak-ulamak besar” Pas pula secara membuta tuli menyokong penggunaan nama Allah oleh pihak gereja demi untuk memenuhi agenda Anwar tanpa memikirkan penerimaan umat Islam dan juga melayu di negara ini.

    Perbuatan Anwar yang sanggup memanipulasi sentimen perkauman dan juga agama Islam tidaklah dihairankan kerana ia telah menjadi trademark Anwar sejak sekian lama. Tetapi pembesar-pembesar Pas pula kelihatan kekurangan cerdik akalnya apabila sanggup membontoti segala “tarian” Anwar pembelit ini.

    Tok-tok guru Pas bermati-matian mempertahankan tindakan Anwar “melacurkan” nama Allah kepada kafir. Tak cukup dengan itu, habis segala ayat didalam Quran dan juga sirah nabi SAW dimanipulasi oleh mereka ini demi menghalalkan segala perbuatan jelik mereka.

    Apabila melihatkan kebanyakan umat melayu/Islam senada dengan kepimpinan Umno bahawa nama Allah hanya untuk umat Islam, terketar-ketarlah beberapa tok guru nyanyuk Pas membuat konar baring untuk menyelamatkan diri.

    Ditambah pula dalam Pas sendiri ramai pemimpin yang bukan pro Anwar tak bersetuju dengan tindakan menghalalkan nama Allah kepada pihak gereja. Bertambah harulah jadinya.

    Namun…., secara tiba-tiba bagaikan mendapat bantuan hayat dari langit, Pas yang dilihat begitu defensive didalam mempertahankan kalimah Allah sebelum ini, tiba-tiba bertempik lantang didalam isu serangan keatas gereja di seluruh negara.

    Apakah semua ini sengaja diatur secara terancang untuk mereka menjuarai isu?

    Anwar Ibrahim dan Pas yang sebelum ini begitu terdesak dan terhimpit didalam permainan yang mereka caturkan sendiri, kini telah mula gah berdiri didalam kelompok bukan Islam dan sewenang-wenangnya menghentam Umno dan kerajaan didalam isu serangan keatas pihak gereja.

    Mereka ini diangkat seolah-olah pembela kepada seluruh masyarakat kristian didalam menuntut hak penggunaan nama Allah dan juga hak keselamatan tempat beribadat.

    Bukankah semua ini nampak agak meragukan dan juga ia seolah-olah seperti agenda terancang pihak-pihak tertentu?

    Anwar Ibrahim sedang terhimpit didalam usaha untuk membersihkan imejnya yang tercalar dengan pengakuan liwat oleh Saiful Bukhari.

    Pas pula sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari segala kemelut masalah didalam parti yang melibatkan penyelewengan wang dan juga kuasa beberapa pemimpin dan juga anak menantu pembesarnya.

    Apakah dengan memanipulasi sentimen perkauman dan juga agama ini dapat menyelamatkan mereka dari masalah yang sedang membebani di atas kepala?

    Mungkin Anwar dan Pas akan bernafas lega seketika. Tetapi bukan untuk selamanya kerana Anwar bakal berhadapan dengan perbicaraan kes liwatnya tak berapa lama sahaja lagi.

    Pas pula pastinya akan kembali meroyan apabila pihak berkuasa dapat memberkas pihak yang bertanggung jawab melakukan perbuatan tak bertamadun menyerang gereja.

    Selepas dari semua itu, kita akan kembali menyaksikan sajian tayangan blokbuster dari Anwar yang akan melakukan “aksi-aksi ngeri” didalam mempertahankan diri di mahkamah.

    Kita juga dapat menyaksikan satu lagi episod raja lawak musim baru lakonan pembesar-pembesar Pas didalam aksi londeh-melondeh sesama mereka demi berebutkan trofi kuasa dan juga kedudukan.

    Yang nyata, usaha Anwar dan beberapa kepimpinan Pas untuk menjadi Hero dikalangan pihak gereja tak akan kekal lama.

    Sekarang ini cuma ibarat “waktu rehat” bagi mereka melepaskan lelah sebelum kembali dikeronyok oleh masalah yang mereka cari sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s