Isu Kalimah ALLah – Tiada Sambutan Bagi Demo Anjuran UMNO!

Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

herald allah verdict protest masjid negara 080110 protesters 02Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.

Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di tengah ibu kota itu dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.

Mereka menaikkan sepanduk bertulisan, antaranya, ‘Jangan cabar toleransi Islam’ dan ‘Kalimah Allah hanya untuk kami’, selain membacakan perisytiharan yang mengandungi tujuh tuntutan.

herald allah verdict protest shah alam masjid 080110 banner against khalid samadDi Shah Alam, beberapa orang kelihatan melepaskan kemarahannya terhadap ahli parlimen PAS bagi Shah Alam, Khalid Samad, yang bersetuju istilah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

Orang ramai turut menurunkan tandatangan pada petisyen bantahan di Masjid Negara dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.

Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri. -Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s