Isu Kalimah ALLah – Najib, Hishammuddin Buka Jalan Demonstrasi!

Olih Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Tindakan kerajaan membenarkan demonstrasi perkauman membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain membuka jalan kepada demonstrasi membantah tindakan menghina Allah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Jika Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) menyatakan perhimpunan perkauman yang mereka restui tidak boleh dihalang, kita ingin tegaskan bahawa adalah haram jika mereka menghalang demonstrasi umat Islam membantah tindakan menghina undang-undang Allah,” kata beliau mengulas kenyataan Najib bahawa perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama lain tidak boleh dihalang.

Bagi membuktikan bahawa perhimpunan yang akan diadakan itu bersifat perkauman, Salahuddin merujuk kepada kenyataan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald The Catholic Weekly kelihatan “lebih kepada sentimen perkauman berbanding agama”.

Mengenai tindakan menghina Allah yang dinyatakannya, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu membangkitkan kenyataan Najib sebelum ini yang terang-terang menghina Allah.

“Pada 20 April 1983, Najib dilaporkan mendakwa bahawa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan,” katanya.

Pada 20 April 1992 pula, kata Salahuddin lagi, Najib dilaporkan membuat kenyataan menghina Allah seperti berikut:

“Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

“Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu”.

Salahuddin meminta Najib bersumpah dengan kalimah sumpah yang diajarkan oleh Islam bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

“Jika beliau enggan berbuat demikian, akan ada pihak yang akan menggerakkan perhimpunan, solat hajat dan munajat kepada Allah bagi mengadukan penghinaan terhadap-Nya itu.

“Najib kini adalah Perdana Menteri. Adalah satu penderhakaan kepada Allah jika negara ini dibiarkan mempunyai Perdana Menteri yang menghina Allah kerana undang-undang Islam adalah ciptaan dan ketetapan Allah,” tegas beliau.

Menurut beliau, demonstrasi membantah perbuatan menghina Allah itu akan membuktikan belang sebenar Najib dan Hishammuddin.

“Kita yakin ramai yang sudah lama mahu mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Najib yang menghina Allah itu dan benci kepada perhimpunan kerana sentimen perkauman seperti yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh,” katanya.

“Mereka akan gerakkan perhimpunan itu walaupun kita tahu sikap double standard adalah pegangan hidup kerajaan yang dikuasai Umno,”tegas beliau.

Salahuddin mengajak rakyat sama-sama melihat bagaimana dolak-dalik kerajaan Najib apabila perhimpunan membantah perbuatan menghina Allah itu diadakan.

“Sama-sama kita lihat gelagat mereka nanti setelah mereka menyatakan perhimpunan perkauman yang mereka restui itu tidak boleh dihalang,” katanya. –harakahdaily

2 thoughts on “Isu Kalimah ALLah – Najib, Hishammuddin Buka Jalan Demonstrasi!

  1. JANGAN MENGHUKUM SESEORANG JIKA ILMU TIDAK PENUH DIDADA..hanya ALLAH SWT SHJ yang bleh menghukum seseorg..kita sepatutnya sbg umat islam sudah tahu bahawa kita perlulah berdoa untuk kesejahteraan untuk sesorang bukan untk kejahatan menjatuhkan seseorang…sepatutnya kita berdoa kita dapat hancurkan org kafir bukan org islam..MENGAPA JADI BEGITU??kesilapan seseorg itu akan dibalas oleh ALLAH SWT..kita umat yang kerdil lagi jahil perlu berusaha berdoa untuk kebaikan..belum tentu kita insan biasa bleh menjadi pemimpin sedangkan keluarga yang kecil perlu dijaga belum tentu berjya…lagi sekali ingin skali saya ingin katakan jangan menunding jari kepada pihak yang belum betul2 bersalah….semua yang terjadi adalah daripada tipu muslihat org kafir sendr dan mempengaruhi umat islam….sepatutnya umat islam bersatu…..mengikut peredaran zaman..kita negar yang maju perlu bersyukur kerana memiliki pemimpin yang memiliki pemikiran yang tinggi daripada kita…UKUR BAJU DI BADAN SENDRI dan pikirlah layak kah kita untuk menjadi pemimpin dan yang diredhai ALLAH SWT…Allah SWT telah takdirkan yang Najib menjadi pemimpin adakah anda semua melawan takdir daripadaNYA..ibarat seperti menghina ALLAh SWT juga kan…Pikirla sejenak bukan semua dikalangan kita yang sempurna sekurang2nya kita dapat hidup dengan aman dan makmur…AMin…(kadang2 saya terfikir saya yang mempunyai keluarga yang kecil x tido mlm memikir masalah (JIKA ADA) inikan nk jaga 1 Malaysia yang pelbagai ragam manusia (pemimpin)…pikirla..kadang2 kita akan timbul rase simpati pada seseorg…dan sentiase berdoa tuk kesejahteraann…AMIN.. terima kasih PERDANA MENTERI (1 MALAYSIA logik tuk semua)…ASSALAMUALAIKUM…

  2. Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah, Tuhan yang kita yakini keesaan-Nya. Allah me’wajib’kan kita melaksanakan hudud, bukan ‘harus’ melakukan hudud. Kenapa kita berlagak pandai dengan Allah?? Kita ni lebih bijak daripada Allah ke?? Asal kita sapa? Sapa yang cipta kita? Lepas mati kita nak ke mana? Sapa yang cipta air dan makanan untuk kita minum dan makan? Jika insan biasa kurang pasti jawapan bagi soalan-soalan ini, biar saya jawab kerana mungkin insan biasa lupa siapa Tuhan insan biasa. Asal kita dari air benih yang tak mampu buat apa-apa, diciptakan oleh Allah menjadi manusia yang mempunyai akal fikiran dan memiliki tenaga yang kuat untuk bekerja. Tapi bila dah jadi manusia yang sempurna, kita ni berani pulak cabar hukum Allah. Bukan setakat cabar, malah hina dan perlekehkan hukum Allah. Binasalah bagi manusia yang hina hukum Allah.Maha Suci ALLAH, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Ini bukan soal kesian ke tak, tapi ni soal yang lebih besar, soal patuh ke tak patuh pada Allah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s