Isu Kalimah Allah – Apakah UMNO fikir Islam milik Melayu Sahaja?

Apakah UMNO fikir Islam itu milik orang melayu sahaja?  Mungkinkah ini sebabnya UMNO hendak menentang pengunaan kalimah  “ALLah” olih penganut agama lain?

Kita semua kenal UMNOlah parti yang paling kuat menentang Islam.  Tapi kenapa dalam isu ini UMNO yang paling kuat membantah?  Apabila PAS mengajak supaya UMNO bersama dengan PAS melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini, UMNO menentang dengan alasan, ini negara majmuk, tak bolih memerintah dengan undang-undang Islam.  Umno kata orang bukan Islam tidak akan setuju.  

Tapi apabila masyarakat majmuk ini hendak menggunakan kalimah ALLah dalam tulisan mereka, Umno kata tidak bolih.  Meneggakkan negara Islam adalah perkara yang wajib dan lebih besar banding dengan isu kalimah Allah yang sedang ditimbulkan olih bukan Islam.

Apabila orang-orang seperti Ibrahim Ali yang bangkit dan menentang isu ini melalui Perkasa, sah ini adalah isu melayu kerana UMNO dan Ibrahim Ali hanya akan bangun dan mengeksploitasi sesuatu keadaan apabila ia ada kaitan dengan melayu.  UMNO fikir mereka bolih mendapatkan sokongan orang melayu melalui isu ini.

Diseluruh dunia berbagai penganut agama lain telah dan sedang menggunakan kalimah Allah.  Masyarakat Arab musyrik telah pun menggunakan kalimah Allah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Allah itu bukan hak orang Melayu, Arab, India, Cina atau mana-mana bangsa sahaja, malah  Allah adalah tuhan sekalian alam termasuk tuhan orang-orang bukan Islam.  Sepatunya kita kena merasa lega sekarang kerana orang bukan Islam mula mengaku dan menerima bahawa Allah itu tuhan mereka juga!

Diantara alasan UMNO ialah orang bukan Islam akan menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam dan menarik mereka keluar dari Islam.  Kalau inilah alasannya maka UMNO sebenarnya telah gagal dalam menyampaikan Islam kepada umat Islam di negara ini.  Kalau dengan hanya menggunakan kalimah Allah, orang bukan Islam dapat memesongkan akidah umat Islam, bermakna iman umat Islam dinegara ini amatlah lemah!

Jadi, siapakah punca lemahnya iman umat Islam dinegara ini?  Siapa lagi kalau bukan UMNO dan mereka yang sewaktu dengannya!  UMNO yang sedang memerintah negara ini sekarang.  Mengapa UMNO tidak menyampaikan dakwah kepada umat Islam sehingga iman umat islam kini amat lemah?  Mana program UMNO untuk meneggakkan Islam di Malaysia?  Mengapa tiada tindakkan dalam bentuk dakwah apabila ramainya anak-anak luar nikah dilahirkan olih orang Islam.  Mat rempet yang tiada pegangan agama yang sedang menggila, tiada sebarang tindakkan diambil dari sudut Islam untuk membetulkan mereka!  Orang-orang Islam yang berjudi, minum arak dan melakukkan maksiat seolah-olah mendapat restu dari UMNO.

UMNO, janganlah cakap pasal Islam.  Kalau yang memerintah dan yang memimpin terdiri dari kalangan pembunuh, kaki perempuan, kaki botol, kaki maksiat dan dari kalangan mereka yang tidak mendirikkan solat dan memakan harta rakyat secara haram, mana ada masa depan untuk umat Islam dinegara ini.

Apakah umat Islam masih menaruh harapan kepada UMNO untuk meneggakkan Islam di negara kita?  Fikirlah sejenak!

– olih sarunglama 

Advertisements

2 thoughts on “Isu Kalimah Allah – Apakah UMNO fikir Islam milik Melayu Sahaja?

  1. Apa la punye bengap ko ni. Aku rasa ko ni memang dah jauh ketinggalan zaman. Aku harap ko bercampur la dengan masyarakat, tengok sekeliling, belajar & fikir. Nampak sangat ko ni jumud. Jangan la ko anggap orang lain tak faham fasal Islam & hanya ko & sekutu ko jer yang pandai. Orang lain tak pandai. Pastu tuduh UMNO macam-macam. Bosan betul le aku dengan orang yg berfikiran negatif macam ko ni. Sebenar nya orang macam ko lah yang merosakkan Islam.

    Kau ni bodo jugak .. adakah kata ” Sepatunya kita kena merasa lega sekarang kerana orang bukan Islam mula mengaku dan menerima bahawa Allah itu tuhan mereka juga “.. aku rasa ko ni x faham apa isu sebenar .. Dia org cuma nak gunakan nama Allah tu sebagai istilah. Elok la kau banyak membaca dulu sebelum komen. Nampak sangat ko ni tak faham.

  2. andalusia yang tak faham,ada isu yang lebih besar. Kalau dia tak sedar, masaalah dia la. Kalau Rasullulah tak buat, ada la sebab. Pandai pandai nak main dengan Kalima’Allah untuk mainan politik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s