Bukan Ahli PAS Yang Buat Demo Dihadapan Pejabat PAS Selangor

KOTA BAHARU: Pas berkata tidak ada anggotanya yang terbabit dalam perhimpunan mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata siasatan awal mendapati mereka yang terbabit bukanlah anggota Pas.

“Jika benar mereka anggota Pas sudah tentu mereka akan diheret kepada jawatankuasa disiplin parti tetapi kita telah menyiasat termasuk jurucakapnya dan didapati mereka bukan ahli kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ijtimak Ulamak Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu kumpulan turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Jurucakap kumpulan yang menamakan diri mereka Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas, Wan Hilman Wan Ibrahim, berkata tindakan itu diambil kerana mereka mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pula berkata perhimpunan itu sebenarnya sengaja diadakan untuk memburukkan imej Pas.

Katanya anggota Pas tidak akan mengadakan perhimpunan seperti itu kerana mereka sudah masak dengan keadaan politik. –BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s