Zaid Ibrahim Difitnah, Kadir Jasin DiSaman

harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Zaid Ibrahim, ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyaman penulis blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai pengacau dalam PKR melalui tulisannya Zaid, the Hurricane Hattie of PR bertarikh 21 Oktober lalu, tulis A Kadir Jasin dalam blognya.

 Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin beralamat di kadirjasin.blogspot.com dalam tulisannya petang ini bertajuk Senator Zaid Ibrahim Saman Saya menulis saman itu telah disampaikan kepadanya oleh syarikat guaman Zaid hari ini.

“Buat makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk ‘Zaid, The Hurricane Hattie Of PR‘ yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu,” tulis Kadir.

Tulis Kadir, antara tuntutan Zaid termasuk perintah tuntutan maaf, ganti rugi kerana libel dan injunksi menghalang penerbitan tulisan dalam blog terbabit.

Dalam tulisan terbaharunya itu, Kadir menulis beliau percaya kepada kebebasan bersuara, menyebabkan beliau tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid yang membalas tulisan beliau pada hari yang sama.

Kadir juga menulis, “Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya.”

Zaid dalam tulisan bertajuk Kalau Hati Dah Busuk… di myzaidibrahim.wordpress.com juga pada 21 Oktober lalu mengkritik keras Kadir yang disifatkan sebagai orang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan membawa propaganda bohong.

“Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya,” dakwa Zaid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s