Pukulan Awal GST, Kad Kredit Dikenakan Cukai Perkhidmatan RM50!

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — CIMB Group berkata ia agak kecewa dengan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 ke atas kad kredit.

“Kami agak kecewa kerana kami mengharapkan cukai perkhidmatan itu tidak perlu berikutan cadangan untuk mengurangkan pegangan tunai dan meningkatkan cara pembayaran yang lain,” kata ketua eksekutif kumpulan Datuk Seri Nazir Razak.

“Ini adalah sesuatu yang mengecewakan kami tetapi kami harus mematuhinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kemudahan pinjaman berjangka bernilai RM50 juta daripada CIMB Bank Bhd dan UBS AG kepada JCY HDD Technology Sdn Bhd.

Untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah, kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas setiap kredit kad utama dan kad caj dan cukai perkhimatan RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari depan.

Ditanya jika CIMB Bank boleh menyerap cukai perkhidmatan itu, Nazir berkata “ianya hanya berkaitan ekonomi.”

Bank itu menjangka mencapai sejumlah 1.2 juta pemegang kad kredit menjelang akhir tahun berbanding 1.1 juta pelanggan sekarang.

Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) baru-baru ini berkata cukai perkhidmatan itu tidak akan memberi kesan kepada nilai urus niaga keseluruhan oleh pemegang kad dalam jangka masa sederhana.

Pemegang kad mungkin hanya akan membatalkan kad-kad lebihan untuk mengurangkan beban cukai kerana cukai itu dicadangkan untuk dikenakan setiap tahun ke atas setiap satu kad, katanya.

MARC juga percaya cukai yang dicadangkan itu akan menyebabkan penghindaran daripada permohonan banyak kad bagi pemohon baharu dan oleh itu, kadar pertumbuhan bagi kad kredit yang dikeluarkan akan kehilangan momentum daripada pertumbuhan tahunan sebanyak 13.2 peratus yang direkodkan sepanjang 2004-2008.

Bagi pengeluar kad, iaitu 21 bank dan tiga institusi kewangan bukan bank, cukai ini akan memberikan kesan bercampur bergantung kepada penguasaan pasaran sekarang dan penjenamaan mereka, tambahnya.

3 thoughts on “Pukulan Awal GST, Kad Kredit Dikenakan Cukai Perkhidmatan RM50!

  1. Aku dah batalkan 2 kad. last kad 1 tu aje tinggal…..sial betul…selama ni aku guna kad kredit tak pernah 1 sen aku bayaq fee @ faedah kepada bank tiba2 kerajaan pulak nak kaut duit aku apa hal. Sial memang sial….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s