Isu PMBK – Ariffahmi Akan Melepaskan Jawatan Mac Depan

KOTA BHARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman akan menyerahkan notis letak jawatan tiga bulan pada 24 Disember ini.

Ini bermakna, perletakan jawatannya akan hanya berkuatkuasa pada 24 Mac tahun depan.

Menantu Menteri Besar Mentri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, sehingga tarikh tersebut beliau akan terus memberi fokus kepada “urusan-urusan yang belum selesai”.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Abdul Ariffahmi berkata mengikut terma pelantikannya, beliau mempunyai tempoh masa sehingga Mac tahun depan untuk meletakkan jawatan.

Abdul Ariffahmi, 35, berkata beliau mengambil keputusan meletak jawatan sebagai menghormati Nik Aziz yang telah mengarahkannya meletak jawatan sebagai CEO PMBK pada 23 November lalu.

Abdul Ariffahmi menarik perhatian negara ekoran satu serbuan di pejabatnya pada 11 November lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan mengenai penyelewengan kewangan.

Kontroversi itu bertambah buruk selepas Abdul Ariffahmi memecat pegawai perhubungan korporat perbadanan itu, Syed Azidi Ayed Abdul Aziz, atau dikenali sebagai Kickdefella di kalangan dunia blog pada 10 November lalu.

Sejak itu, Syed Azidi telah melancarkan kempen untuk menjatuhkan Abdul Ariffahmi menerusi blognya, termasuk mendedahkan arahan Nik Aziz kepada menantunya untuk mengundurkan diri dan keengganan Abdul Ariffahmi berbuat demikian.

Syed Azidi turut mendakwa bahawa Abdul Ariffahmi telah merancang plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan bahawa Abdull Ariffahmi adalah seorang ahli Umno.

Abdul Ariffahmi menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut, namun sehingga kini beliau masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Azidi.

PMBK, yang terletak di bawah kawalan langsung Mentri Besar, mempunyai sembilan anak syarikat yang aktif. Ia diwujudkan untuk menyelia pembangunan ekonomi dan sosial negeri Kelantan.

Abdul Ariffahmi, seorang jurutera terlatih, pada asalnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK pada awal tahun 2008 sebelum dinaikkan pangkat secara rasmi sebagai Ketua Pegawai Operasi kira-kira dua bulan lalu. -thestar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s