Isu Bantah Nik Aziz – Apabila PAS Tenteram, UMNO Jadi Cemas!

Kenapa UMNO hendak sangat supaya TG Nik Aziz meletak jawatan?  Dari apa yang kita dapat rumuskan ialah UMNO sangat takut selagi TG Nik Aziz masih berada ditampuk pemerintahan negeri Kelantan.

Semalam, lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Apa pun sebabnya Umno meminta TG Nik Aziz meletak jawatan, kenyataannya ialah TG Nik Aziz sudah pun menjadi Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun.  Umno Kelantan tahu sangat selagi TG Nik Aziz memerintah, mereka tak mungkin dapat mengugat Kerajaan Pas Kelantan.

Sebelum ini Pas menghadapi berbagai tuduhan dan kemelut yang ditimbulkan olih pemimpin-pemimpinnya sendiri.  Di Negeri Selangor, dengan masaalah Pesuruhjayanya yang menimbulkan berbagai kerenah yang mengugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat.  Isu pemimpin Pas yang mahu kerjasama dengan Umno serta Kerajaan Perpaduan.  Di Perak Menteri Besar Pas kehilangan Kerajaan Negeri dirampas olih Umno.  Di Kelantan dengan isu menantu TG. Nik Aziz, Mohd. Ariffahmi berdepan dengan Syed Azidi Syed Aziz dalam kemelut pentadbiran PMBK.

Tapi, nampaknya semua isu tersebut sudah pun reda.  Apabila TG Nik Aziz mencadangkan supaya suatu EGM diadakan, selesai isu pemimpin-pemimpin Pas yang hendak bekerjasama dengan Umno/BN.   Pas Selangor dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin serta Pesuruhjayanya diberi surat tunjuk sebab dan kita anggap isu Pas Negeri Selangor hampir selesai.  Krisis di Kelantan selesai apabila TG Nik Aziz mengarahkan menantunya, Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO PMBK. 

Dan apabila keadaan dalam Pas menjadi tenteram, Umno seolah-olah hilang punca.  Di Kelantan Umno telah menjaja isu menantu Nik Aziz yang menjawat CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan melabelkannya sebagai nepotisma.  Kini senjata ini sudah tidak ada lagi.  Maka cemaslah Anuar Musa dan Mustapha Mohammad.  Bagaimanakah mereka hendak berhadapan dengan Pas yang tidak ‘bergelora’ lagi pada Pilihanraya Umum ke13 nanti?

Maka, apabila TG Nik Aziz berdoa supaya Najib Tun Razak malap masa depannya, Anuar dan Mustapha segera menghantar budak-budak suruhannya buat demonstrasi.  Mereka rasa ini adalah peluang bagi mereka memprovokasi Kerajaan Pas Kelantan.  Saya percaya rakyat Kelantan lebih bijak dari Anuar dan Mustapha.  Mereka tidak termakan dengan lakonan budak-budak suruhan Umno itu!

– decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s