Isu DAP Pijak Gambar – Ugutan 13 Mei, Siapakah Siti Mariam Zain (Utusan M’sia)

Saya Tertarik dengan tulisan Siti Mariam Mohd. Zain di Utusan Malaysia baru-baru ini bertajuk ‘ DAP Pamer Sikap Sebenar’.  Dalam tulisannya, Siti Mariam telah mepertikaikan Pemimpin DAP memijak  gambar dua orang perasuah besar, Adun Behrang, Jamaludin Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Dalam tulisannya. anda bolih baca disini, beliau telah menukar isu ini menjadi isu perkauman.  Beliau menuduh pemimpin DAP Cina menghina orang Melayu apabila pemimpin DAP memijak gambar pengkhianat-pengkhianat dalam Kerajaan Pakatan Perak itu dalam satu Konvensyen yang dianjurkan olih DAP baru-baru ini.  Tetapi, si munafik, Siti Mariam, tidak pula menyebut tentang gambar Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang turut dipijak olih pemimpin Cina DAP!

Beliau ceritakan tentang rusuhan kaum seperti Mei 13 dan kebangkitan bangsa Melayu melawan bangsa Cina.  Beliau juga timbulkan Melayu dalam Pas yang di perkudakan olih Cina DAP tetapi Melayu Pas hanya mendiamkan diri.  Tulisan seperti ini amat membahayakan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.  Sepatutnya,  Siti Mariam Mohd. Zain patut ditahan dibawah peraturan ISA!

Wah! bukan main hebat lagi mak cik ini membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap orang Cina.  PM Najib Tun Razak sedang bercakap tentang 1 Malaysia, tetapi Mariam Utusan ini pula bercakap pasal 3 Malaysia ( Melayu, Cina, India).  Mengapakah Siti Mariam menulis seperti ini?  Siapakah dia Siti Mariam Mohd Zain ini?

Pengarang Siti Mariam Mohd Zain adalah Ketua Biro Ipoh (Utusan Malaysia).  Seperti mana kita tahu Utusan Malaysia adalah tali barut UMNO!  Maka Pengarangnya seperti Siti Mariam juga adalah talibarut UMNO.  Mereka ini hidup mewah dengan bayaran gaji yang lumayan dengan menjadi baruah kepada UMNO.  Kerja mereka ini adalah untuk mengkucar-kacirkan orang Melayu supaya parti perkauman, UMNO bolih mengambil kesempatan darinya.

Dibawah ini adalah sedutan-sedutan tulisan perkauman olih penulis upahan parti perkauman UMNO:

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

-APAKAH yang dapat disimpulkan oleh kebanyakan kita apabila melihat sikap ‘kurang ajar’ pemimpin-pemimpin DAP yang sengaja memijak gambar atau poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak Bebas seperti yang berlaku pada konvensyen parti peringkat negeri yang diadakan di Ipoh, Ahad lalu?

Bagi yang faham tentang erti ketamadunan dan kesopanan, tentunya tidak akan sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terbabit.

Memijak gambar atau poster tiga ADUN yang dahulunya merupakan sahabat mereka di dalam pakatan pembangkang tetapi kini memilih menjadi wakil rakyat Bebas, memperlihatkan DAP bukanlah jenis rakan yang baik.

– KUALA KANGSAR 19 April – Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam.’

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

-SEPT 3 — Rancangan pembangkang mengadakan apa yang disebut sebagai “Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)” diteruskan juga walau pun menyedari tindakan itu jelas membelakangi undang-undang selain tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, Adun – Adun pembangkang “berusaha” merempuh pasukan polis yang berkawal sejak awal pagi di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).  Keadaan menjadi semakin kelam kabut memaksa pihak polis yang pada mulanya hanya bertujuan untuk mengawal keadaan, mengambil tindakan lebih tegas — beberapa Adun termasuk Koo Ham kemudian ditahan.

-IPOH 7 Nov. – Amalan bai’ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, di dalam Islam, penceraian tidak berlaku berdasarkan bai’ah tertentu tetapi apabila suami melafazkan taklik terhadap isteri.

”Ini masalah politik, kenapa soal politik kita nak menganiaya isteri pula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani diminta mengulas pendedahan beberapa pemimpin Pas bahawa dalam bai’ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

-IPOH 16 Jan. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin perlu meletak jawatan kerana tindakannya memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung baru yang menggambarkan sikap beliau tidak menghormati dan membelakangkan teguran raja-raja Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar sepatutnya menjadi ‘dahan’ kekuatan orang Melayu seperti yang diharapkan, bukannya ‘menggadaikan’ maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

Katanya, tindakan seumpama itu juga jelas menunjukkan Mohammad Nizar tidak langsung berusaha untuk melindungi hak-hak orang Melayu.

”Saya minta beliau insaf dan ingat semula siapa yang melantik beliau menjadi Menteri Besar.

bysarunglama

Advertisements

One thought on “Isu DAP Pijak Gambar – Ugutan 13 Mei, Siapakah Siti Mariam Zain (Utusan M’sia)

  1. Dear Editor

    I am a regular visitor to your Malaysiakini online news portal

    Recently, I am very frustrated that I could not found any news relating to recently unmoralise DAP leaders behaviour in DAP’s Perak Convention. This news was widely reported in many mainstream local newspaper and blogs

    Meanwhile other rallies/accidents by PAS, BN-UMNO and PKR were never unmissed to be reported.

    It seemed that you site try to cover up DAP (Chinese in the heart party) leaders “bad behaviour” from the world to know. You site also practised news gang-up policy ???.

    This look like you was intentionally to cover-up DAP?. In your recently commemoration gathering to marks the 10 years of Malaysiakini achievement, claimed that this online newspaper portal is “independent” source of information that do not cover-up or without partisan.

    Please be fair, it seemed that you is on DAP agenda site. I have observed and analysed. Some comments (over 60%) from non-Malays readers/writers are racist seemed to protect Chinese agenda not Malaysian as a whole (especially in English version)

    In addition, readers especially Malays/Bumiputra may assume this is another Chinese/Indian Pro online newspapers that become an “Strategic underground organ” for Chinese/Indian in Malaysia political arena, probably hiding behind the press freedom slogan. Inclination towards prejudice is cannot be avoid as a personal person or their racial interest.

    Many readers (especially Malay which is not rational in the thinking) may not aware that the people behind this Malaysiakini are two Indian/Chinese guys (Pengasas bersama – Steven Gan dan Premesh Chandran) – that easily could branded as a racist even you are probably not. I knew the Malaysiakini readers are international and from different work of life. You might intentionally have to cover such news from being known to your subscribers in western countries/outside Malaysia to know about unmoral DAP leaders by stepping into “their political enemies especially Malay. This is about people perception. This is very sensitive. Malay nowadays or even in the past has proved to very passive. The Malay weakness being exploited unrealised.

    This “article” would be circulated to many bloggers.

    Thank you

    Overseas observer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s