Lagi Kes Rasuah BN – SPRM Siasat Setiausaha Politik, Memiliki Berjuta RM!

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha politik menteri kanan yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, penyiasat kes tersebut pernah mendapat perintah bagi merampas dan membekukan beberapa harta miliknya termasuk kereta mewah dan rumah selain akaun bank yang telah pun dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Menurut sumber, senarai rampasan harta tersebut termasuklah sekurang-kurangnya empat buah kereta mewah dan empat buah rumah dipercayai kepunyaan setiausaha politik yang berumur lewat 30-an itu.

Suruhanjaya tersebut sedang menyiasat pembelian hartanya di kawasan Lembah Klang yang dikatakan diperolehi dari wang sogokan daripada kelulusan beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit.

Difahamkan, beberapa rampasan adalah di bawah nama setiausaha politik itu dan penyiasat akan memanggil nama-nama lain yang telah didaftarkan sebagai pemilik. Sumber juga berkata, pegawai penyiasat telah pun mengenal pasti beberapa individu lain yang turut terlibat dengan kes tersebut dan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sebuah pasukan khas daripada suruhanjaya di Putrajaya juga telah pun memulakan siasatan kira-kira tiga minggu lalu berikutan maklumat yang mengatakan dia menjalani kehidupan mewah melebihi kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan terhadap setiausaha politik tersebut dikategorikan antara kes berprofil tinggi.

Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai. Pegawai suruhanjaya enggan mengulas tentang perkara ini ketika dihubungi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s