Datuk Azhar, Ketua Pembangkang DUN P. Pinang DiGantung Lagi!

PULAU PINANG, 3, Dis (Bernama) — Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung daripada menghadiri persidangan dewan itu selepas enggan memohon maaf berhubung tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (DAP-Pantai Jerjak) Rabu.

Azhar (BN-Penaga) dituduh melakukan perbuatan itu ketika hendak keluar dewan setelah Timbalan Speaker Tan Hock Leong mengarahkan beliau keluar kerana enggan menarik balik istilah “dua tiga kerat” semasa membahaskan Bajet 2010 semalam.

“Ini satu lagi konspirasi kerajaan Pakatan Rakyat untuk menutup mulut saya daripada terus mengkritik pentadbiran mereka. Saya cuma membongkok untuk ambil beg kerana beg saya berada di bawah, takkan pula saya nak lambung guna kaki dan tangkap, tapi dituduh menunjukkan punggung pula.

“Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak sanggup menerima kritikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas diarah keluar oleh Speaker Datuk Abdul Halim Hussain.

Insiden ini bermula apabila Sim yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 pagi ini membangkitkan isu itu yang kemudiannya mendapat perhatian daripada Abdul Halim.

Speaker itu kemudian mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Sim.

Abdul Halim juga mempelawa Azhar untuk menonton tayangan video kejadian semalam namun Azhar enggan.

“Saya tidak bersalah, untuk apa saya minta maaf atas perkara yang saya tidak lakukan. Saya ada prinsip dan berpegang kepada prinsip itu,” katanya.

Selain Azhar, lapan lagi wakil rakyat Barisan Nasional turut keluar dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan.

Azhar digantung sehingga persidangan selesai Jumaat.

Azhar berkata beliau akan menghantar aduan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung tindakan yang dikenakan terhadapnya, dan salinan aduan itu dihantar kepada semua Speaker DUN negeri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s